"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Aziz Buat Silap Lagi?

professor
Mengikut berita media hari ni
  1. Nik Aziz nafi Husam mahu letak jawatan
  2. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan Exco Kanan, Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri itu.
  3. Mursyidul Am Pas itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecahbelahkan Pas dan melariskan jualan akhbar berkenaan.

"Saya baru baca sebuah akhbar rasa terlalu amat terkejut dengan siaran tajuk Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Laporan itu memetik beberapa sumber sebagai berkata hasrat Husam itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sekali gus memberikan Husan cuti lima hari bermula hari ini untuk berehat dan menenangkan fikirannya.

Baca berita ni dan ini

Komen sikit

  1. TGNA sudah silap , kerana baca surat khabar milik UMNO ni
  2. Bukankah dulu sudah pakat nak boikot semua suratkhabar milik UMNO ni
  3. Jangan beli , kalau gian juga nak baca , layari ‘online’ saja

Inilah jadinya kalau baca suratkhabar milik UMNO. Mana mungkin ada laporan yang baik – baik dan betul mengenai PR , PAS , PKR & DAP. Adalah menjadi satu kesilapan besar kalau mengharapkan akhbar – akhbar ni membuat laporan yang betul.

Lepas ni semoga TGNA tak buat silap lagi dengan baca Utusan Malaysia terutamanya , dan juga Berita Harian dan seumpamanya.

Tiada ulasan: