Benar. Itu baharu 24 hingga 28 jam. Bagaimana dengan rakyat Palestin itu sendiri? Darah dan airmata sudah lama kering. Derita mereka hanya mereka sahaja yang menanggungnya dengan ertikata sebenar.
Kalaupun ada demonstrasi, bantahan, usul di Parlimen, boikot produk ada kepentingan Yahudi, maka ia hanya secebis dari derita sebenar rakyat Palestin.
Kalau yang secebis dengan memboikot produk ada kepentingan Yahudi pun tak dapat dibuat, maka bagaimana dengan yang lebih besar dari itu.
Dengan isu terbaharu ini, mudah-mudahan dapat membangkitkan balik keprihatinan kita terhadap isu Palestin, terutama GAZA. Tidak mustahil juga, Intifadhah ke 3 akan bangkit. Hidup Islam! Hidup Palestin! Hidup GAZA! Hidup HAMAS!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan