Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata JPT telah diminta untuk menyiasat perkara itu yang dilaporkan media hari ini.
“Namun setakat ini kita tidak dapat apa-apa maklumat perkara seumpama itu berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sambil menyifatkan kes tersebut sebagai serius jika benar berlaku, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sekolah yang cuba menyembunyikan perkara seumpama itu.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan akhbar yang menyebut terdapat empat pelajar sebuah Sekolah Menengah di daerah ini yang melahirkan anak luar nikah
hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.
Menurut laporan tersebut yang memetik sumber sebagai berkata seramai 16 lagi pelajar sekolah itu kini disahkan mengandung.
Ahmad Razif berkata pihaknya ada menerima laporan tentang seorang pelajar telah bersalin sebelum ini, namun pelajar berkenaan sudah pun berkahwin.
“Jika ada kes-kes lain, kita masih belum dapat secara rasmi, pihak sekolah kini sedang siasat,” katanya.
Menurut beliau, kes-kes yang serius seperti itu selalunya berada dalam pengetahuan Jabatan Pelajaran.
“Tetapi, pihak jabatan tidak ada maklumat seperti yang disebut dalam laporan itu,” katanya.
Bagaimanapun jika kes-kes seperti itu benar-benar berlaku tetapi di luar sekolah, masyarakat diminta tidak terus menunding jari dan menyalahkan pihak sekolah, kata Ahmad Razif.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan