"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu Runtuh Iman Adalah Pilihan Rakyatnya

bumiperak
Berkata dia (Zulaika isteri raja Mesir) “Itulah orangnya (Nabi Yusuf) yang menyebabkan kamu mencela aku kerana (aku tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggodanya untuk menundukkan dirinya (untuk berzina) tetapi dia menolak. Jika dia tidak melakukannya apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan, dan dia akan menjadi orang yang hina

Berkata (Nabi Yusof) “Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh.” Surah Yusof 31-32

Nabi Yusuf yang memiliki wajah tampan yang diceritakan al-Quran tentang keelokan rupanya “Ketika perempuan-perempuan melihatnya, mereka terpesona kepadanya dan mereka (tidak sedar) melukai tangannya sendiri.” dengan keimanan Nabi Yusuf lebih rela menerima hukuman dunia dari menghadapi seksa akhirat.

Dimanakah keimanan umat Islam kini? Kesalahan perbuatan zina berlaku di kalangan umat Melayu Islam di Malaysia ini adalah tanggungjawap kita semua. Tentunya ada yang tidak kena apabila ianya berlaku di Terengganu dikenali Darul Iman dan tempat penemuan batu bersurat tentang tempat bertapaknya pemerintahan Islam. Terengganu terkenal dengan seni budayanya dan kehidupan damai mengambarkan rakyatnya hidup penuh adab dengan sopannya.

Namun jika benar perkara ini berlaku tentunya ada yang tidak kena dengan suasana dan persekitaran di Terengganu. Beginilah apabila kemajuan materialistik menjadi keutamaan. Terengganu dilimpahi dengan projek-projek mega dari hasil royalti minyak yang pemimpin BN canang dan banggakan. Pemimpin BN telah pesongkan pemikiran rakyat agar pingirkan PAS yang dianggap kolot dan menolak kemajuan. Sebenarnya kepimpinan ulama yang dibawa PAS itulah yang terbaik untuk rakyat Terengganu yang lebih mengutamakan pembinaan insan tanpa menolak duniawi.
"Sesungguhnya banyak yang terselamat menghadapi ujian kemiskinan tetapi berapa ramai yang tewas dengan ujian kesenangan"
KUALA TERENGGANU 3 Jun 2010 (Berita Harian) Enam belas pelajar perempuan dari sekolah menengah di bandaraya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu. Difahamkan pelajar terbabit terjebat dengan gejala sosial berada di tingkatan tiga hingga enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu dan kes terbaru , seorang pelajar tingkatan tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ), Ahad lalu.

SHAH ALAM 28 Mei 2010 (Utusan Malaysia) Lima hari selepas penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini, polis hari ini mendapat perintah untuk menahan reman seorang pelajar perempuan dan kakaknya bagi membantu siasatan kes itu.
Pelajar berusia 17 tahun dan kakaknya yang berumur 24 tahun itu ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan.
Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Pelajar perempuan terbabit yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan ditahan di sekolahnya di Klang pagi semalam, manakala kakaknya turut ditahan pada hari yang sama.
Dalam kejadian Isnin lalu, mayat bayi malang itu ditemui seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melaporkan kewujudan sebuah kubur kecil yang baru di kawasan tersebut kira-kira pukul 10 malam.

Tiada ulasan: