"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada kecederaan tetapi liwat tetap berlaku - Dr HKL

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Jun:
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, tidak ada sebarang tanda atau kecederaan pada dubur Saiful Bukhari Azlan untuk membuktikan ia diliwat ketika ia diperiksa oleh sekumpulan doktor Hospital Kuala Lumpur.

Namun begitu, Dr Razali dari HKL dalam keterangannya berkata, oleh kerana ada air mani pada rectum Saiful, maka beliau membuat kesimpulan liwat telah berlaku.

Ini kerana, liwat tetap boleh berlaku tanpa sebarang kecederaan, kata beliau ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sebelum itu, Saiful telah dipanggil ke kandang saksi sekali lagi hari ini.

Peguam Karpal Singh menyoal Saiful berhubung upacara angkat sumpah dengan menggunakan al Quran yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan sehari sebelum penamaan calon Permatang Pauh di mana Anwar bertanding merebut kerusi itu.

Namun Saiful mempertahankan tindakannya dengan berkata, ia hanya kebetulan sahaja.

Tiada ulasan: