"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Enggan Berundur, Helah Samy Vellu Lengahkan Penentangan

Raudhatul Jannah Jalidar
SHAH ALAM 4:
Pengumuman Datuk Seri S Samy Vellu untuk tidak mengundurkan diri dari jawatan Presiden MIC Disember ini, memang sudah lantaran ia hanya helah politik semata-mata bagi mengendurkan tekanan dari Gerakan Anti Samy Vellu atau GAS, sebelum ini.

Bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS. Subramaniam percaya Presiden MIC selama 31 tahun itu hanya akan membuat keputusan mengundur diri hanya selepas memastikan kepentingannya dalam MIC terus terpelihara.

Mengikut Malaysia Insiders, Samy Vellu menyatakan beliau tidak akan meletak jawatan sebelum tempoh penggalnya berakhir 21 Mei tahun depan.

Samy Vellu adalah Presiden MIC paling lama dalam sejarah dan memegang jawatan ini sejak 1979 bersamaan 11 penggal.

Beliau juga adalah anggota Kabinet paling lama sebelum tidak terpilih dalam Kabinet baru berikutan tewas pada pilihan raya umum 2008.

"Dia (Samy Vellu) memang bercakap begini. Sekejap mau Disember, satu hari september. Ucapan dia tidak boleh dipercayai," kata Subramaniam kepada TV Selangor.

Samy Vellu sebelum ini mengumum peletakan jawatan ketika banyak penentangan terhadapnya termasuk dari GAS, tetapi menukar nada apabila penentangan itu tidak sekeras peringkat awal.

"Memang tujuan samy Vellu supaya GAS jangan bergiat kuat sangat. Dia buat ini supaya GAS berdiam diri. GAS sudah ada dan terus jalan dan sampai satu masa dia undur dirilah," katanya.

Samy Vellu juga dijangka meletakkan orangnya sendiri untuk menggantikan beliau bagi melindungi kepentingannya tetapi beliau sedia untuk melakukan tindakan demikian.

"Dia (Samy Vellu) akan tentukan siapa akan jadi Presiden selepas dia. Dia mau orang dia sendiri. Sampai ke satu tahap, MIC akan jadi sama macam dulu, tidak memberi apa-apa kesan. Tidak efektif, tidak boleh melakukan apa-apa kerja," katanya.

Bagi Subramaniam, MIC adalah parti komponen BN paling lemah dan tidak lagi berpeluang untuk bangkit dari kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu.

"Selepas pilihan raya 2008, MIC sudah tidak membawa kesan lagi. Cuma Perdana Menteri mahu memberi sedikit kuasa, sedikit pertolongan untuk memuaskan hati kaum india tapi ini tidak berkesan lagi.

Saya ingat MIC sudah sampai ke tahap turun dan jatuh dan tidak boleh naik lagi," katanya lagi.

Tiada ulasan: