Alasan, ahli akademik yang terjun ke dunia politik itu adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan faktor kesihatan.
Zaid sehingga hari ini belum mengumumkan jawatan mana yang akan beliau tandingi, meskipun beliau dilihat antara empat calon yang layak menjadi orang nombor dua PKR.
Mereka yang lain itu termasuk naib presiden Mustapha Kamil Ayub, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang lagi naib presiden Azmin Ali.
Namun menurut seorang ahli biro politik yang tidak mahu dikenali, pertarungan sebenarnya adalah antara Zaid dan Azmin.
Calon yang tidak dikenali
Sokongan politik yang diperolehi oleh Khalid yang sejak akhir-akhir ini dibidas oleh ahli PKR dikatakan semakin merosot.
Mustapha, pula dilihat sebagai calon yang 'ditanam' oleh pihak tertentu bagi melunturkan semangat mereka yang lain untuk bertanding jawatan yang sama, kata sumber berkenaan.
Tambah sumber yang memegang jawatan penting dalam PKR, Mustapha dianggap sebagai calon yang 'tidak dikenali' di kalangan pertarungan gergasi itu.
Kedua-dua mereka telah berada di PKR untuk tempoh masa yang hampir sama.
Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui, kata Zuraida.
"Ahli-ahli juga ingin melihat kesinambungan, mereka akan mengundi seseorang yang memahami perjuangan parti,” katanya lagi.
Zaid, yang kini diberi tanggungjawab sebagai ketua PKR Wilayah Persekutuan menyertai parti itu dua tahun lalu.
Guris perasaan
Walaupun didakwa terbabit dengan politik wang dalam Umno, namun tindakannya meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negara - mendapat sanjungan dan penghormatan ramai.
"Orang akan berfikir sebagai ahli baru, beliau tidak sepatutnya bertanding jawatan yang begitu tinggi,” katanya sambil menambah bahawa ada pihak juga yang mendakwa Zaid mungkin bertanding jawatan yang lebih tinggi.
Sokongan di Selangor dilihat penting kerana negeri itu mempunyai 400,000 ahli yang setiap seorang daripada mereka memegang satu undi.
Bagi Zuraida, pergeseran di antara Khalid dan Azmin juga akan mempengaruhi keputusan pemilihan ahli kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan