"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setia & Patuh, Ismail Omar Pilihan Tepat Buat Umno BN

Mohd Naeem Rafi
SHAH ALAM 4 SEPT:
Tan Sri Ismail Omar dilihat sebagai calon yang terbaik untuk meneruskan agenda Tan Sri Musa Hassan yang kini disifatkan sebagai liabiliti kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana terpalit dengan pelbagai skandal dan tuduhan salah laku.

Perwatakan yang setia dan patuh, secara cekap melaksanakan perintah dikatakan kriteria utama mengapa Tan Sri Ismail dipilih untuk menggantikan Musa yang dijadual bersara, 13 September ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata Ismail Omar hanya dikenali sebagai orang nombor dua Musa Hassan, dan bukan sebagai anggota polis yang mempunyai rekod prestasi cemerlang.

Yang ketara adalah, Ismail di kalangan pegawai terkanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampaknya gagal untuk bertindak menangani isu profesionalisme polis, rasuah, keganasan anggota serta campur tangan politik dalam urus tadbir PDRM.

Justeru, bagi menyahkan persepsi negatif, Ismail dicabar supaya menjalankan siasatan terperinci atas tuduhan yang dihadapi Musa, seperti dakwaan yang mengaitkan beliau kepada sindiket kongsi gelap di selatan tanahair.

"Ia dilantik semata-mata untuk meneruskan ketenangan poltik dalam PDRM. Siapa KPN baru, sebaliknya dilantik kerana dilihat mampu meneruskan kerja buat Musa Hasan selama ini."

"Jika kita tidak membuat sebarang tindakan drastik, khususnya membersihkan nama yang terpalit pada Bukit Aman mengenai kongsi gelap, ia hanya dilihat sebagai penyambung tugas dan hubungan PDRM dengan kongsi gelap.

"Selama ini pun, tidak ada apa pun yang membanggakan dalam pencapaian dia (Ismail). Dia hanya orang nombor dua yang setia pada Musa Hassan," katanya kepada TV Selangor.

Ismail diminta mempertimbang saranan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, yang mencadangkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis, ditubuh bagi mengatasi gejala rasuah dan kehakisan profesionalisme di kalangan anggota.

Beliau perlu memperkuatkan tulang belakang polis bagi menghakis campur tangan politik dalam urus tadbir PDRM, termasuk menyokong agenda membebaskan polis dari cengkaman Eksekutif.

"Elemen dalam negara ini harus dilantik oleh kuasa rakyat dan sewajarnya diangkat dengan kuasa parlimen. Itulah kuasa tertinggi rakyat dalam negara demokrasi.

"Kalau Kabinet rasuah, kalau menteri dalam negeri terlibat dalam jenayah, sudah tentu KPN dan Peguam Negara tidak mampu berbuat apa-apa," katanya.

Tiada ulasan: