"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis 'belasah' Kugan dibebaskan

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini membebaskan anggota polis, V Navindran, yang dituduh menyebabkan kecederaan parah ke atas tahanan A Kugan, tanpa perlu membela diri.

NONEHakim Aslam Zainuddin berkata pihak pendakwaraya telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

"Oleh kerana itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.

Navindran (kanan) dihadapkan di mahkamah pada 1 Oktober 2009 atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tahanan yang berusia 23 tahun itu, yang mati dalam tahanan.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di bilik soalsiasat balai polis Taipan di USJ-Subang Jaya pada jam 7 pagi 16 Januari 2009.

Navindran didakwa di bawah Sekseyn 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kugan case 020709 03Navindran juga mengaku tidak bersalah atas dua dakwaan alternatif, di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan, menyebabkan kecederaan ke atas Kugan pada masa dan tempat yang sama.

Perbicaraannya yang bermula pada 18 Februari 2010, dan berlangsung selama 25 hari, mendengar keterangan daripada 24 saksi.

Navindran diwakili oleh PM Nagarajan manakala pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas.
Tersentak dan terharu
Navindran, yang jelas kelihatan tersentak dan terharu dengan keputusan mahkamah, memberitahu pemberita bahawa beliau amat gembira dengan keputusan itu dan ingin kembali bertugas semula secepat mungkin.

petition to investigate kugan's death to istana 260909 kugan mother cry"Saya amat berterima kasih kepada keluarga, peguam dan rakan yang memberi sokongan moral kepada saya sepanjang perbicaraan sejak awal tahun lalu," katanya.

Navindran, yang kini digantung kerja, mempunyai seorang anak lelaki berumur tiga tahun. Isterinya adalah seorang guru.

Mohd Abazafree berkata beliau akan mendapatkan arahan seterusnya daripada Pejabat Peguam Negara sebelum membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.
-malaysiakini-
*Seperti yang sudah dijangka, pendakwaraya buat silapmata - kerengga

Tiada ulasan: