"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempar! Salam tak mahu, dipeluk cium boleh pula??!

cucupakkasim
Tetap cun melecun... Macam ni punya cun, siapa yang tak mahu?? Dengan orang-orang lelaki yang bukan muhrim, cikgu Mala tak sanggup nak bersalam pun, tetapi lebih selesa dan sanggup dibiarkan dipeluk dicium.

Ini yang berlaku, dan gurkah-gurkah politik di'port' yang siang tak tidur, malam tak mandi dan makan pula 3 pinggan sekali gus kerana pukulan cikgu Mala ni terasa tercabar dan cemburu dengan perlakuan calon PAS/PR untuk kerusi DUN Tenang cikgu Mala, yang rela dirinya dipeluk dan dicium semalam di Labis Tengah.

Memang gempar!, cikgu Mala telah dicium dan dipeluk diatas pentas ceramah sebaik sahaja dia selesai menyampaikan ceramahnya di Labis Tengah, kawasan yang BN/MCA kata adalah 'Black-Area'.

Rupa-rupanya yang berlari keatas pentas dan terus memeluk dan mencium cikgu Mala ini adalah seorang pekerja pilihanraya wanita dari parti DAP yang bentuk badan dan rupanya juga sebiji nampak seperti seorang lelaki.

Adegan peluk cium ini jelas menunjukan yang cikgu Mala telah diterima oleh orang-orang cina di Labis Tengah dan juga menunjukan yang ini adalah kawasan PR.

Sebelum ceramah pun iaitu semasa sebaik saja cikgu Mala sampai, dia telah dihadiahkan dengan satu bakul bunga oleh penduduk-penduduk disana, sesuatu yang tak pernah berlaku pada mana-mana pilihanraya kecil pun.

Mesejnya adalah cukup mudah ...
'CIKGU MALA for N05 TENANG'

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' nak menyamar jadi 'pondan' pula, mana tau kot-kot dapat peluk,dapat cium cikgu mala.. jangan jealous!!!
Kah..Kah..Kah..

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com/ 

Tiada ulasan: