GEORGETOWN: Menari sehingga separuh bogel, itulah kegiatan yang dipercayai dilakukan sebuah pusat hiburan di sebuah Jalan Upper Penang.
Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan oleh penulis blog MyNewsHub dalam laman blognya.
Dipercayai pusat hiburan yang terletak di bersebelahan sebuah hotel popular di Georgetown menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi atau Sexy Dance Competition.
Tidak ketinggalan, penulis blog itu juga memuat masuk beberapa video yang memaparkan gadis-gadis menari dalam keadaan separuh bogel di lobi tarian kelab itu.
Kelab berkenaan dipercayai beroperasi di Upper Penang Road menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis itu dipilih untuk ke peringkat akhir.
Dalam blog berkenaan, penulis memberitahu tiga peserta yang berada di peringkat akhir telah terpilih sebagai pemenang.
“Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Rainbow berjaya merangkul tempat pertama, Angeline di tempat kedua, manakala Abby pula di tempat ketiga.
“Dalam persembahannya, Rainbow yang mulanya berseluar jeans pendek dan berjaket gelap mula membuka jaketnya dengan meninggalkan baju dalam sebelum beraksi di atas pentas, ala-ala ‘Thai girl show’ di Thailand.
“Angeline pula yang mulanya berbaju tanpa lengan dan berseluar sangat pendek tidak kurang ‘hebat’nya apabila mendapat tepukan gemuruh dari penonton di pusat hiburan itu dengan aksi menanggalkan baju serta hanya memakai coli ketika menari,” katanya.
Rata-rata pembaca blog berkenaan mengutuk tindakan acara berkenaan yang diadakan di sebuah negara Islam.
Ada di antara yang meminta supaya pihak berkuatkuasa segera mengambil tindakan segera walaupun ia hanya disertai oleh orang bukan Islam.
“Saya percaya pasti ada orang Islam juga yang masuk ke kelab berkenaan kerana ia hanya terbuka kepada sesiapa, dan sekiranya kita memandang isu ini secara ringan dan mudah pasti ALLAH akan menurunkan bala sama seperti tsunami,” komen seorang pembaca.
Tidak kurang ada yang mengkritik acara sedemikian rupa hanya berlaku di Pulau Pinang sebaliknya bukan di Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru.
“Rasa-rasanya tiada acara berbogel sebegini di Kuala Lumpur walaupun pub dan kelab malam berlambak di sana.
“Ini kerana ada pihak yang cuba pejam mata sedangkan ia sudah terdedah di laman web, dan seluruh masyarakat dunia boleh membuka video berkenaan, ini memalukan negara Islam,” kata seorang pembaca.
2 ulasan:
Ada di antara yang meminta supaya pihak berkuatkuasa segera mengambil tindakan segera walaupun ia hanya disertai oleh orang bukan Islam.
gesa juga pihak berkuatkuasa ambil tindakan keatas mereka yg makan daging babi, minum arak, berjudi & lain2. boleh ka buat atas nama negara islam? cuba pi melawat negara2 arab spt morocco, syria, turki, lebanon, qatar, uae, kuwait & lain2, benda2 ni takdak ka?
Zahari
Cakap jangan mcm org tak ada otak pak long...ada otak lu fikir la sendiri...
jangan cuba halalkan yg haram hanya kerana memperbandingkan org lain pun boleh buat benda yg sama..haram tetap harap halal tetap halal ini jelas...tak kisah lah kalau lebai 7tingkat kena tangkap basah dgn isteri org sekalipun...yang salah tetap salah...
jangan samakan juga tentang "moral" dan orang yang memakan babi,kerana semua agama di dunia ini melarang penganutnya melakukan perkara tidak sopan dikhalayak awam hatta bersembunyi sekalipun jika perbuatan itu sumbang...babi haram dalam islam tapi mungkin tidak bagi penganut agama lain..
Catat Ulasan