Mohd Sayuti Omar
Dulu saya sedikit tidak teralat dan tidak faham kenapa orang Cina boleh swing kepada DAP sehingga lebih 60% meninggalkan parti terbesar kaum itu yang turut mencapai kemerdekaan 'dibayar' bersama Umno dan MIC. Kita tahu orang Cina sukar untuk meninggalkan apa-apa juga oragnisasi yang boleh menjaga kepentingan mereka.
Lama juga saya tercari-cari kenapa orang Cina berubah sikap dan berubah pendirian politik. Terifkir juga kalau-kalau mereka beralih angin menyokong DAP kerana ada strategi sulit mereka untuk menghkhianti Melayu, mereka bermain menusuk dengan orang Melayu.
Chua Soi Lek: Terus asak.
Tetapi setelah melihat kepada sikap para pemimpin MCA dalam menghayati realiti hidup bernegara di dalam negara seperti Malaysia ini baru saya faham kenapa orang Cina berubah pendirian, dengan menyokong Cina oposisi dan meninggalkan parti Cina penyokong kerajaan. Salah satu sebab atau puncanya ialah kerana mereka melihat ada perbezaan besar di antara pemimpin; pendekatan diambil oleh MCA dengan apa dilakukan oleh pemimpin DAP.
Yang jelas nampak pemimpin Cina DAP lebih ikhlas dalam menjalini hubungi dengan orang Melayu menerusi Pas dan PKR. Bukan itu saja mereka juga memahami budaya dan ajaran agama Islam. Lim Guan Eng misalnya menelaah akan budaya dan juga ajaran agama Islam demi mendekatkan bukan saja pentas politik tetapi hati politik antara Cina dengan Melayu. Menerusi penelaaan itu Guan Eng cuba memahami aspirasi orang Melayu dan bukannya memprejudis seperti mana Chua Soi Lek. Dalam erti kata lain Cina DAP mengenali Pas dengan hati manakala Cina MCA mengenali Pas dengan memandang dari jauh di samping terus menerima bisikan "syaitan" Umno. Umno pula double standard dalam hal ini boleh menerima MCA tetapi mengecam DAP.
Contohnya mengenai hukum hudud, pemahaman pemimpin DAP jauh berbeza dengan pengetahun atau apa yang ada dalam kepala pemimpin MCA. MCA melihat hudud itu satu hukum zalim dan kejam bakal menyusah dan merugikan orang Cina, sebaliknya DAP tidak melihat sehuduh itu. DAP melihat hudud membantu orang Cina untuk hidup dalam sebuah negara yang adil dan saksama. Mereka (DAP) mulai menerima dan merasai akan keadilan Islam apabila Pas berjaya menunjukkan ciri-ciri itu di Kelantan.
Kesempatan Nik Abdul Aziz menjadi MB Kelantan menerapkan seberapa banyak nilai-nilai Islam, memberi peluang kepada DAP mengenali Islam menerusi dhamir bukannya pembacaan fizikal. Akhlak Nik Aziz menjadi kunci segala-galanya. Malangnya kesempatan dan suri teladan ditunjukkan Nik Aziz ini tidak dirasai oleh MCA atau Soi Lek kerana ia dipagar sikap prejudis dan juga 'hasutan' Umno?
Di sinilah baik dan buruk, untung dan ruginya orang Cina yang mendekati Pas dengan orang Cina yang mendekati parti yang ketuanya mengatakan lebih baik berkawan dengan syaitan daripada malaikat.
Pendapat liar dan kurang bertanggungjawab Chua Soi Lek mengatakan kononnya 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan kalau hudud dilaksanakan bukan satu kesilapan tetapi ia satu kenyataan menggambarkan kejahilan dan kebusukan hati presiden MCA itu. Menurutnya kalau hukum hudud dilaksanakan sudah pasti pusat hiburan, perjudian dan maksiat akan ditutup di mana kebanyakan pekerjanya orang Cina akan kehilangan pekerjaan.
Mengapa tidak begitu tamadun sekali Soi Lek dalam memahami hidup secara bernegara dan berpelembagaan? Saya rasa sia-sia beliau mempunyai ilmu kedoktoran, belajar di universiti tetapi tidak atau masih belum faham mengenai perlembagaan negara. Untuk mengatakan beliau jahil mengenai Islam, rasanya tidak kerana ... mata pelajaran Islam sudah diajar di sekolah sekolah sejak lama dahulu, tetapi cukup kalau dikatakan beliau tidak atau masih belum reti perlembagaan negara.
Anihnya pendapat atau kata-kata seperti itu tidak terdengar oleh saya keluar dari mulut Cina DAP, seperti Lim Kit Siang, Guan Eng atau Tan Seng Geok? Mereka tidak pernah mempersoalkan agenda atau matlamat Pas dalam soal hudud. Mereka mengambil sikap terbuka dan cuba memahami hudud dengan mempelajarinya secara ikhlas. Di sini saya mengira pemimpin DAP lebih terbuka, lebih tolenrasi dan lebih memahami akan kehidupan secara majmuk di negara ini.
Apabila mengenangkan betapa begitu tingginya kebodohan Soi Lek menyebabkan saya terfikir apakah beliau ada motif lain di sebalik terus mengancam Pas dan orang Melayu dengan hudud itu. Apakah apabila beliau menunjukkan kesangsian berterusan ke atas kesucian hudud dan memburukkannya beliau mahu memberi mesej kepada orang Melayu lain bahawa orang Cina termasuk DAP menyimpan perasaan demikian? Soi Lek ingin menunjukkan bahawa orang Cina sama berfikiran dengannya. Apa yang beliau ingin dedahkan bahawa orang Cina tidak menerima hudud seikhlasnya dan akan menentang.
Dengan berlaku demikian nanti ia menyebabkan orang Melayu dalam Pas dan Keadilan akan meragui DAP. Apabila ini berlaku di sinilah mereka berharap akan berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat. Soi Lek sangat faham bahawa keutuhan dan kepaduan Pakatan Rakyat kini boleh dimusnahkan dengan menimbulkan keraguan dan kesangisan sesama mereka.
Melihat kepada keseriusan Soi Lek dalam mengadu dombakan supaya orang Melayu membenci Cina (DAP), saya percaya Soi Lek akan melakukan lebih dari apa yang dilakukan kini. Beliau bukan saja akan bertindak menimbulkan keraguan dan kesangisan terhadap sesuatu isu, tetapi mungkin juga apabila sudah terlalu terdesak akan mengajak ekstremis Cina dalam MCA untuk berbuat sama seperti mana Ngo upahan Umno lakukan. Mereka juga akan menggunakan tektik-tektik keganasan-keganasan yang sama.
Kejahatan ini adalah jalan terakhir. Apa yang kita ketahui sebelum ini bahawa MCA pernah dikuasai oleh para samseng dan gengstar mungkin akan hidup kembali. Ia tidak mustahil apabila Soi Lek tidak dapat menanggalkan hubungan fizikal DAP dengan Pas dan PKR secara provokasi, cara kekerasan akan digunakan. Yang penting baginya mahu memastikan DAP tidak akan membantu bentuk kerajaan Pakatan Rakyat.
Apakah di hujungnya nanti akan berlaku peperangan fizikal antara DAP dengan MCA? Mat Maslan ada jawabannya. Felda apa khabar Mat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan