"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah benar berlaku di Taman U


Dr Ungku Mohd (PAR) Pulai Sebatang
SAYA mempunyai seorang kenalan lelaki cina berumur 62 tahun yang sudah punya isteri dan anak-anak. Selain itu beliau juga mempunyai seorang lagi teman wanita janda Cina yang sudah bersama nya puluhan tahun juga.

Satu hari saya dikenalkan olih beliau kepada teman wanita kedua nya itu bahawa saya aktivis PAS. Pantas wanita itu berkata, kalau PAS perintah, ekonomi akan jatuh merujuk penutupan pusat-pusat hiburan. Belum sempat saya jelaskan, saya dengar wanita tersebut dengan berbahasa cina, suara agak tinggi bercakap kepada teman saya itu.

Lantas saya bertanya, kenapa you marah?, wanita itu nyatakan teman saya itu jahat dan nakal kerana ada menyimpan seorang lagi perempuan muda, pendatang dari negara China yang bekerja di Pusat Hiburan. Dia kata habis duit kenalan saya itu dikikis olih perempuan dari negara China tersebut. Lalu dia kecam habis-habisan kewujudan Pusat Hiburan dan pendatang dari China itu .

Saya percaya hanya Cina, Melayu, India dan lain-lain kaum yang jahat macam Chua Soi Lek sahaja ( buang gelaran doktor beliau, bagi malu profesen doktor sahaja ) sokong Pusat Hiburan yang merosakkan masyarakat. Arak, judi dan pelacuran bukan budaya orang China. Ia Budaya Jahat semua kaum. Budaya yang merosakkan institusi keluarga dan meruntuhkan rumah tangga.

BEGITULAH MANUSIA SETELAH KEJADIAN ITU MENIMPA DIRI NYA SENDIRI, BARU SEDAR AKAN KEBAIKAN SESUATU YANG TIDAK DI SUKAI NYA DAHULU, LANTARAN KEJAHILAN. BEGITULAH DENGAN SEGALA YANG TELAH DITENTUKAN ALLAH SWT. ALLAH YANG MENJADIKAN MANUSIA, HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI HUKUM DAN PERATURAN YANG SERASI UNTUK MANUSIA SEJAGAT.

Tiada ulasan: