HassanOmar
Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini seperti yang dilaporarkan oleh akhbar Sydney Morning Herald.
"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada S Pathmawathy wartawan Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui pada program sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.
"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald oleh wartawan Malaysiakini.
Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney menurut akhbar Malaysiakini.
Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Agaknya berapa harga pakaian DS Rosmah untuk perjumpaan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA ini?
Najib sekadar pakai baju simple 'berjiwa rakyat' 1 Malaysia. Sambil mengaru kepala memikir bini yang suka berboros dengan harta rakyat!!
Hassan Omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan