"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahmad Awang: Belum Ada Fatwa Tentang Amanat Hadi

Mohd Sayuti Omar
Menurut bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Ahmad Awang belum ada mana-mana badan atau institusi agama termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan membuat apa-apa fakta terhadap kata-kata Abdul Hadi Awang berkaitan dengan apa dinamakan amanat Haji Hadi itu.
Ahmad: Harussani bukan hakim.
Lantaran itu katanya tindakan Harussani Zakaria yang menghukum Abdul Hadi dengan amanat itu adalah tidak betul dan satu sikap bertentangan dengan Islam. Kerana kalau isu hendak dibincang Abdul Hadi perlu dipanggil katanya. Tanpa memanggil Abdul Hadi beliau menyifatkan hukuman dibuat tanpa memanggil pesalah.

Penjelasan Ahmad Ahamd itu paling berwibawa dan boleh dipercayai kerana beliau pernah berkhidmat di jabatan Hal Ehawal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri ketika isu itu meletup. Juga... kalaulah sudah ada mana-mana pihak memfatwakan amanat Haji Hadi itu sudah tentu ia dipamer dan ditayangkan hari ini sebagai bahan dan modal kempen.

Fatwa yang menunjukkan Abdul HAdi salah itu sudah pasti akan dipamir dan diuar-uarkan seperti mana statistik-statistik kecemerlangan kerajaan dalam bidang ekonomi.

Sudah pasti tv nombor tiga atau pun tv Rais Yatim akan menayangkan siang malam di tv perkara itu. Begitu juga dengan akhbar arus perdana kelas penjilat bontot akan menyiarkan hari-hari di muka depan sehingga rapat ke hari mengundi untuk memberi tahu rakyat yang betapa kejamnya Abdul Hadi menerusi fatwa berkenaan.


Ataupun boleh jadi juga pihak Fatwa Kebangsaan atau Jabatan-Jabatan Agama Islam sudah pun bersidang mengkajikan apa yang dilafazkan oleh Abdul Hadi itu secara senyap-senyap tetapi tidak diuar-urakan kerana ia tidak menyalahi adat dan hukum ataupun memang menempati kehendak syariah Islam? Mustahil perkara itu tidak dikaji dan diteliti kerana ia dianggap satu ucapan yang boleh menimbulkan bahana.

Pastinya orang Umno yang celik Islam, tahu fakeh dan tauhid mahukan jawaban tegas apakah mereka sudah menjadi kafir atau tidak berdasarkan amanat berkenaan. Dan kalaulah ianya sudah dibincang dan didapati amanat itu tidak sampai menjadi kafir seperti mana difahamkan, tidak ada sebab kenapa ia tidak perlu dihebuhkan? Saya tidak fikir orang Umno akan membiarkan dirinya seperti ikan termasuk tual yang beronak, di mana hendak keluar tidak boleh hendak terus biarkan ditikam onak pun sakit dengan amanat berkenaan?

Boleh jadi. Maka itu perihal amanat itu disenyapkan saja atau dibiarkan tanpa diurus dengan baik. Ataupun pihak Umno sudah mengkaji amanat itu tidak begitu berkesan untuk menarik undi disebabkan sebahagian besar rakyat umum faham kecuali mereka yang mengilik keris telanjang Umno yang terus merasa sakit dengan amanat itu disebabkan kejahilan mereka.

Begitu juga dengan Raja-Raja Melayu. Kalau amanat itu sesuatu yang serius dan boleh atau telah memecahkan perpaduan ummah Islam apakah Raja-raja Melayu tidak membincang dalam persidangan mereka. 'Komang' sangatlah Raja-raja Melayu kalau mereka membiarkan perkara berkenaan. Kerana itu amanat itu remeh dan tidak mengugat stabiliti negara justeru Raja-raja tidak membincangnya.

Apa yang kena fikir amanat itu sudah lama berlaku. Usianya kini sudah 31 tahun. Ia meletus pada tahun 1981. Kalau ia serius dan sesuatu yang berat kenapa sampai dibiarkan 31 tahun?

Ada juga sesetengah orang yang galak hendak memburukkan Abdul Hadi dan PAS bercerita kononnya kerana amanat itulah maka berlaku tragedi berdarah Memali tahun 1985 yang membunuh 13 orang penduduk kampung itu termasuk Ibrahim Mahmud. Memang pun ada laporan sebelum ini cuba mengaitkan kejadian itu dengan amanat berkenaan. Kalaulah benar adalah satu kesalahan besar kerajaan pimpinan Umno kerana tidak menyelesaikan segera perkara ini.

Kalau benar tragedi Memali itu kerana terpengaruh dengan amanat itu kenapa tindakan segera ke atas Abdul Hadi tidak diambil, misalnya menangkap beliau dan dipenjarakan? Sekali lagi perkara itu tidak benar dan ia sengaja diada-adakan. Kalau benar tuduhan itu dan tidak diambil tindakan, bermakna kerajaan BN yang ditulangi Umno tidak bertanggungjawab dan begitu lemah sekali.

Saya tidak nampak begitu, yang saya fikir Umno memang sengajakan isu itu berpanjangan kerana ia akan digunakan sebagai isu dan modal politik. Bukankah kerajaan Malaysia ini terutamanya pihak keselamatan cekap dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu isu yang memudaratkan kepada negara? Kalau isu paling mencabar dan bahaya seperti komunis dapat diselesaikan, kenapa isu amanat yang hanya berupa kata-kata itu tidak termampu mengatasinya.

Logiknya kalau kejadian Memali itu disebabkan amanat Hadi kenapa Abdul Hadi dibiarkan. Bukankah untuk kita tidak membiarkan air membazir dan melimpah dari sesuatu paip itu kita menutup kepala paipnya?

Sebab itu saya yakin seperti mana kata bekas menteri Umno dari Terengganu itu, amanat Abdul Hadi itu sengaja dibiarkan. Dan kalaulah ada kebenaran bahawa gara-gara amanat itu menyebabkan Melayu berpecah, bunuh membunuh, pulau memulau kesalahannya terpikul di atas bahu Umno selaku kerajaan. Umno yang bertanggungjawab bermula dari Mahathir Mohamad sampai ke Najib Razak hari ini.

Nah, kegagalan Umno menyelesaikan isu amanat yang remeh temeh itu jelas menunjukkan ketidakupayaan Umno serta integriti sebagai sebuah kerajaan maka sudah sampai masanya untuk rakyat menukar dan menumbangkan parti nasionalis itu.

Berbalik kepada saranan Ahmad Awang tadi agar Jakim menyelesaikan isu berkenaan dengan memanggil Abdul Hadi, saya tidak nampak ia akan berjaya. Selagi Umno masih berfikir kolot dan usang, menjadikan isu-isu berkaitan agama untuk kepentingan politiknya selama itulah ia akan dibiarkan. Hakikat kini terbalik Umno 'kecur' mengatakan PAS memperalatkan agama, sedangkan yang menyalahi agama adalah dia.

Inilah sikap dan perangai buruk Umno yang mengamalkan teori politik matlamat mernghalalkan cara. Apa cara pun akan digunakan asalkan memberi kebaikan duniawi kepadanya. Parti politik seperti itu tidak mengira apakah ianya benar atau tidak, apa difikirkan ia boleh dimnfaatlkan. Politik sebeginilah ia tidak ubah seperti buaya tembaga yang akan membaham apak saja bangkai demi memenuhi tembolok bodohnya.

Kalau Umno terus-terusan mengamalkan teori politik demikian dan mengambil pendekatan menggunakan apa saja isu (bangkai) untuk kemenangan lama kelamaan Umno akan ditolak oleh rakyat. Generasi muda dan mereka yang terpelajar hari ini sudah mula membuat perkiraan dan berfikir mereka bukan Umno tidak ada ada jasa selama ini tetapi dosa-dosanya makin jelas kelihatan bertompok-tompok di mana-mana saja.
Maaflah Mat... Mat mana lagi Mat Maslanlah..., kerana harga saham Felda menjunam.

Tiada ulasan: