"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rais bohong: Kau memang kuek pembohong Jang

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didesak memohon maaf kepada Presiden PAS kerana didakwa berbohong mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung 'Amanat Hadi'.
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait amanat tersebut.

Sebaliknya hanya Majlis Fatwa Negeri Melaka yang berbuat demikian.

"Kita desak Rais tarik balik dan mohon maaf kepada Ustaz Hadi," kata beliau dalam satu kenyataan.

Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan hari ini membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Ustaz Hadi berhubung isu ini.

Menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan Umno akan menggunakan institusi agama serta mufti bagi menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul di televisyen menjelaskan isu berkaitan 'Amanat Hadi'.

Beliau berkata, tidak mustahil Umno yang terperangkap dalam isu ini akan mengggunakan taktik yang sama seperti yang dilakukan pada tahun 1985 dahulu.

Pada tahun 1985, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan debat antara beliau dan Ustaz Hadi berhubung isu ini dengan menggunakan Majlis Penyimpan Mohor-Mohor Besar mengisytiharkan pembatalan Debat Umno-PAS itu.

"Saya yakin dalam masa dua tiga hari ini, kerajaan akan menggunakan institusi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti-mufti untuk mendesak Majlis Penyimpan Mohor-Mohor Besar bersuara," kata beliau katika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tiada ulasan: