"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib mahu PRU13 akhir Mac tapi ...

SELENA TAY
Tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) memang sudah dekat, bahkan ramai yang berkata, ia amat dekat sekali.

Semua parti komponen BN berada dalam keadaan siap sedia. Tetap, persoalannya, siapakah dalang di sebalik keputusan yang mahukan PRU13 diadakan lebih cepat lagi? Heboh desas-desus bahawa "ibu segala pilihan raya" ini akan diadakan pada bulan Januari ataupun awal Februari, iaitu sebelum Tahun Baru Cina.

Bukankah Perdana Menteri Najib Razak mahu menunggu sehingga pertengahan Mac apabila semua pemohon BR1M yang layak telah mendapat wang bantuan ketika itu? Najib percaya hanya selepas rakyat mendapat habuan yang dijanjikan, barulah BN akan mendapat sokongan.
"Jika PRU13 diadakan pada masa pengedaran BR1M sedang dijalankan, ia akan memberikan satu persepsi yang tidak begitu baik. Oleh itu, amatlah wajar untuk PRU13 diadakan selepas agihan BR1M selesai. iaitu sekitar pertengahan Mac," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Justeru, jika PRU13 diadakan sebelum pertengahan Mac, adakah ini bermakna tangan-tangan ghaib yang berkuasa telah mengambil alih tampuk kuasa Umno dan kini sedang merancang serta menguruskan strategi parti tersebut? Bagaimana pula dengan urusan pentadbiran harian parti itu?

Jika terdapat permainan "wayang dan bayang" dalam BN, ini bermakna adalah 1,000 kali lebih baik jika pengundi memilih Pakatan Rakyat di mana semua parti komponen, iaitu PAS, DAP dan KeADILan saling bekerjasama dengan baik sekali demi kebaikan rakyat dengan semangat setiakawan yang kukuh dan padu.

Tiada ulasan: