'Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB'
Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
Dalam jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.
Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama dengan Petro Saudi International.
"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.
"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.
"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.
"Encik Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan. Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.
-malaysiakini-
2 ulasan:
Dulu Menteri Kewangan kata tak kenal Jho Low ni, rupanya ni la pelakon utama 1MDB dan derma RM2.6B. Di Barat pemimpin bohong tk layak jd pemimpin tp d negara ini dh brp kali rakyat Malaysia d tipu, menteri ni tk ada segan silu masih berkuasa.
Mungkin dh tk ada badut lain yg sanggup jd pelakon maka terpaksa d ambil juga org ini menjadi pelakon. Rakyat Malaysia yg waras akan mudah memahami lakonan ini semuanya auta yg akan kantoi tk lama lagi...Amin.
Catat Ulasan