"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Awak tu pakai serban jubah, jangan buat fitnah - pesan Anwar pada Haji Hadi

Tiada kerjasama PH-BN lepas PRU15: Awak tu pakai serban jubah, jangan buat fitnah

BORHAN AHMAD

Dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti hanya fitnah dan imiginasi pihak lawan sahaja.

Yang lebih dikesali lagi, ia juga datang dari Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Awak tu pakai serban, pakai jubah hormatlah sikit kepada pakaian tu kalau hendak buat fitnah pun.

“Saya ingin tegaskan, Harapan akan berusaha untuk menang sekurang-kurangnya majoriti mudah 112 kerusi dan membentuk kerajaan sendiri,” kata Anwar ketika menafikan dakwaan itu.

Menurut Anwar, Pakatan Harapan menyertai pilihan raya ini untuk menang dan tidak bercadang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak.

“Jadi sebab apa kita mahu dikaitkan dengan Umno, Pas atau mana-mana parti lain. Kita masuk pilihan raya untuk menang, kita merayu kepada rakyat untuk memberi laluan supaya apa yang disebut itu tidak berlaku.

“Saya bukan macam Ustaz (Abdul) Hadi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad runding nak pakat, dengan Datuk Seri Najib Razak runding nak pakat kemudian dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ismail Sabri pun runding nak pakat dan sekarang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia (Abdul Hadi) boleh berlegar di banyak kolam, saya dasar kita PH adalah untuk memimpin dan memerintah,” kata Anwar menafikan sama sekali dakwaan itu sebagaimana yang didakwa oleh Abdul Hadi.

Hari ini, Tun Dr Mahathir pula mendakwa PH akan bekerjsama dengan BN selepas pilihan raya umum nanti.

ISU DAP

Anwar juga memberikan jaminan, DAP tidak akan menguasai pakatan itu sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November ini.

Menurut Anwar, DAP merupakan rakan yang setia dan mereka juga menerima prinsip-prinsip Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, Anwar menasihatkan rakyat supaya jangan bimbang dan tidak tertipu dengan hasutan jahat mengenai DAP.

Dalam pilihan raya umum kali ini, DAP hanya bertanding 54 kerusi sama dengan AMANAH.

Kerusi Parlimen yang ditandingi DAP adalah Kedah (1), Pulau Pinang (6), Perak (8), Pahang (4), Selangor (4), Wilayah Persekutuan (5), Negeri Sembilan (2), Melaka (1), Johor (8), Sarawak (8) dna Sabah (7).

Tiada ulasan: