K’jaan sementara beri tender - Rafizi dedah surat tolak penafian
Malaysiakini
Rafizi Ramli hari ini membekalkan "bukti" berkaitan dakwaannya bahawa kerajaan sementara memberi tender dan untuk menolak penafian menteri alam sekitar dan air Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Setakat ini, reaksi timbalan presiden PAS (Tuan Ibrahim) hanyalah penafian semata-mata bahawa adalah penting untuk tidak menangguhkan projek tebatan banjir Langat," kata timbalan presiden PKR itu pada sidang media di Petaling Jaya petang ini.
Bagaimanapun, dia berkata projek yang diketengahkan itu belum dianugerahkan kepada syarikat tersebut.
"Sebab saya mengetengahkan isu ini ialah perbincangan dan proses masih berterusan dan terdapat usaha kerajaan sementara untuk menganugerahkan projek yang menyalahi undang-undang," katanya.
Bagi menyokong dakwaannya, Rafizi berkongsi surat yang dikatakan penerimaan projek tebatan banjir di Krubong, Melaka.
Sebelum ini, Rafizi mendakwa Mangkabumi Sdn Bhd, yang disifatkannya sebagai firma “kroni Umno”, dijangka menerima kontrak projek tebatan banjir Sungai Langat bernilai RM2 bilion melalui tender langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan