"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Tak sangka bekas rakan sekerja suspek bakar rumah'

Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bh.com.my
Ibrahim Ali, 59, dan anaknya Husna Shafinie Ibrahim, 29, menunjukkan tingkap yang menjadi tempat mereka keluar menyelamatkan diri selepas rumah terbakar 25 Disember lalu. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman

BALING: "Saya tak sangka bekas rakan sekerja sanggup membakar rumah saya kerana saya tak ada pun salah dengannya selama ini.

"Namun saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," kata Mohamad Zambri Ahmad, 45.

Dalam kejadian 24 Disember tahun lalu, rumah pusaka yang didiaminya di Kampung Bukit Terabak, Kupang di sini musnah dalam kebakaran sekitar jam 2.30 pagi.

Menurutnya, dia menyedari kejadian itu selepas pulang kerja pada jam 12.30 tengah malam di sebuah kilang getah di Kuala Pegang, dekat sini.

"Saya nampak kereta Perodua Axia yang baru dibeli setahun lalu serta sebuah motosikal Modenas Kriss milik saya sudah hangus terbakar," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Terabak, hari ini.
Zambri melihat kereta Perodua Axia yang musnah dalam kebakaran membabitkan rumah pusakanya di Kampung Bukit Terabak, Kupang, Balik Disember lalu. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Zambri melihat kereta Perodua Axia yang musnah dalam kebakaran membabitkan rumah pusakanya di Kampung Bukit Terabak, Kupang, Balik Disember lalu. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Menurutnya, rumah pusaka itu adalah peninggalan dari tiga generasi sebelum dia dan isterinya, Nurul Wahida Mat Saad, 34, menetap situ tiga tahun lalu.

Sementara itu, penduduk Kampung Tanah Periuk, Kupang, Ahmad Othman, 49, berkata suspek seorang yang lurus dan tidak suka bergaul dengan penduduk menyebabkan mereka tidak menghiraukannya.

"Tapi bila tengok gambar suspek, terkejut dan tak sangka kerana dia turut berada bersama kumpulan penduduk yang terdiri daripada 100 orang yang meronda kawasan kampung pada awal pagi.

"Bagaimanapun, kami lega apabila dimaklumkan suspek sudah ditahan, jadi kami boleh tidur lena sekarang ini," katanya.

Tiada ulasan: