Omar Ahmad
am@hmetro.com.my

Dua warga emas maut maut dalam kemalangan di Jalan Mersing Endau, Kampung Bukit Buruk, tengahari tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Mersing : Pasangan dipercayai suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Mersing Endau, Kampung Bukit Buruk, tengah hari tadi.
Mangsa yang kedua-duanya warga emas maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam anak sungai.
Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Mohd Alias Hussin berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.17 tengah hari.
Katanya, seramai 16 anggota dari BBP Mersing dan Endau dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan jalan raya membabitkan Perodua Alza dan Volkswagen yang terbabas ke dalam air.
"Kesemua mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan PKO. Terdapat dua mangsa yang menaiki Volkswagen disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan iaitu warga emas lelaki dan wanita.
"PKO memastikan tiada mangsa yang terperangkap dalam kenderaan dan seterusnya memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan menyerahkan mangsa kepada ambulans dan pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan