"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PROTES CARA UMNO NAJIB DAN CARA UMNO ABDULLAH

Bapak mertua YB Khairy semasa menjadi PM telah diprotes hebat oleh pengundi UMNO sendiri sehingga empat negeri jatuh ke PAKATAN dalam pilihan raya umum 2008. YB Khairy yang terbukti rasuah kini sebagai Ketua Pemuda UMNO itu pula berkata, UMNO tidak tanding di Penanti kerana protes.

Dua-dua protes, masa Abdullah kalah dikatakan sebab undi protes oleh ahli UMNO sendiri, masa Najib pula Khairy ia protes juga, tetapi pemimpin yang buat protes sehingga ahli UMNO tidak dapat mengundi kerana tidak ada calon mereka di Penanti nanti.

UMNO kata mereka tidak letak calon sebab asas pilihan raya di Penanti itu nanti tidak ikut Perlembagaan. Itu kata Najib UMNO. Dalam konteks ini, kita tunggu apa Suruhanjaya Pilihan Raya nak buat. Sama ada SPR mahu ikut fahaman UMNO itu atau tidak.

Kalau pilihan raya diadakan, adakah SPR juga tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan? Kalau tidak diadakan pilihan raya, apakah pula status ADUN Penanti itu? Dalam hal ini, kalau Pilihan raya diadakan, maka sah UMNOlah sebenarnya yang tidak faham Perlembagaan.

Atau UMNO mahu SPR ikut telunjuk mereka supaya tidak mengadakan pilihan raya di Penanti. Ini senario yang ada.

Dua keadaan ini merumitkan, satu kononnya protes, tetapi bagaimana pula disebut protes kalau sudah dipersetujui kononnya peletakan jawatan ADUN Penanti itu tidak mempunyai roh Perlembagaan? Kalau protes sebutlah protes dari awal lagi. Kalau takut mengaku saja, kenapa sanggup menipu diri sendiri untuk mengelirukan orang lain.

Yang baiknya, jika pilihan raya di adakan di Penanti. Calon-calon bebas yang mungkin boleh diketuai oleh Ibrahim Ali dan tiga ADUN lompat di Perak untuk turun bertarung. Kalau sebelum ini calon bebas tenggelam dalam puluhan ribu penyokong BN (seperti dilapor di media UMNO), maka di Penanti nanti mereka bolehlah membawa penyokong mereka yang ribuan itu. Media UMNO tentulah akan buat liputan meluas calon bebas kerana bukan sifat media UMNO untuk membuat laporan di pihak PAKATAN. Kalau di Bukit Selambau berbelas-belas calon bebas, mungkin di Penanti ini berpuluh-puluh calon bebas.

Sebaliknya, kalau Ibrahim Ali dan kawan-kawan selompatan dengannya fikir pilihan raya di Penanti nanti tidak mempunyai roh Perlembagaan, eloklah mereka jangan bertanding seperti mana UMNO, kerana calon bebas kebanyakannya faham Perlembagaan lebih kurang dengan UMNO faham juga.

 Kenyataan Najib itu sendiri bukan menyenangkan mereka sendiri, tetapi mengelirukan banyak pihak termasuk SPR dan calon-calon bebas lain. Melainkan mereka itu semua faham keputusan Dewan Tertinggi BN itu auta belaka.

Walau bagaimanapun, didoakan semua ini tidak membawa Malaysia menuju ke sebuah Negara yang dipimpin oleh Pemimpin dan Pegawai Kerajaan seperti dalam filem-filem Hindi, walaupun suku sakat tokeh-tokeh nasi kandar dan golongan menganggap diri mereka bangsawan kini nampaknya dapat peluang maksimum ke atas UMNO.

Muramatsu 
UK

Tiada ulasan: