Salman Hussin | |
JOHOR BAHRU, 17 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPP NJ) bertindak membuat laporan polis ke atas beberapa pemimpin negara yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa berhubung pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sehingga menyebabkan kerugian wang rakyat berjumlah RM3.4 bilion sejak dasar ini dilaksanakan pada 2003 hingga 2008 lalu. Laporan yang dibuat Ketua DPP NJ, Khairul Faizi Ahmad Kamil, di Balai Polis Sentral, di sini, semalam, mendesak polis melakukan siasatan terhadap beberapa pemimpin negara yang dinamakan sebagai pihak yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam pelaksanaan dasar yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam. Laporan polis ini dibuat ekoran pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddina Yassin, 8 Julai lalu, berhubung pemansuhan sepenauhnya dasar PPSMI pada 2012. Faizi diiringi beberapa pimpinan PAS negeri dan Pusat yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Abdullah Hussein serta penyokong-penyokong Pakatan Rakyat negeri ini. Ketika ditemui pada sidang media selepas membuat laporan tersebut Faizi memberitahu, DPP NJ telah menamakan Kerajaan Malaysia yang diketuai mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi serta Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan PPSMI ini. "Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran serta mantan Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein serta Tan Sri Musa Mohamad turut dinamakan sebagai pihak yang terbabit dalam pelaksanaan dasar tersebut. "Kerajaan Malaysia juga secara jelas telah melanggar seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan," katanya. Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah setuju sejak awal pelaksanaan dasar tersebut dilakukan Tun Mahathir pada 2003. "Dasar yang dibuat tanpa sebarang kajian mendalam ini menyebabkan golongan pendidik begitu tertekan disebabkan tiada persediaan yang mencukupi bahkan lebih malang lagi pelajar dijadikan sebagai uji kaji kepada dasar yang dibuat secara tergesa-gesa. "Setelah tertekan dengan desakan serta bantahan rakyat barulah kerajaan bertindak memansuhkan dasar ini, itu pun kita tidak pasti sama ada benar ianya akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012 atau pun sekadar untuk mengambil hati rakyat sebelum berhadapn dengan pilihanraya umum ke 13 pada 2013," katanya. Ahli Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Suhazan Kaiat, pula berkata, kerajaan hanya mula membuka mata dan telinga mendengar bantahan rakyat setelah satu himpunan besar-besaran yang turut disertai pakar-pakar bahasa dibuat di Kuala Lumpur pada 7 Mac 2009 lalu. "Sebelum itu tiada mana-mana pihak tampil melakukan bantahan secara terbuka bagi menentang dasar yang dilihat tidak mempunyai pendirian yang jelas sebaliknya lebih kepada kepentingan politik semata-mata," katanya. Katanya, peruntukan untuk pelaksanaan dasar PPSMI ini bagi tempuh 2003 hingga 2008 berjumlah RM5.4 bilion yang mana RM3.4 bilion telah pun digunakan sepanjang tempuh tersebut sementara bakinya RM2 bilion lagi masih belum digunakan. Pemansuhan dasar ini dilanjutkan sehingga 2012 berkemungkinan disebabkan peruntukan yang masih begitu banyak, dedah beliau lagi. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
PPSMI: Wang rakyat rugi RM3.4 billion kerana salah guna kuasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan