"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setiausaha Politik Exco Selangor mati jatuh dari pejabat SPRM

Harakahdaily

SHAH ALAM, 16 Julai (Hrkh)- Teo Beng Hock, 30 Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dekat sini, tengahari tadi.

Mayat beliau ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat Selangor. Difahamkan beliau disiasat sehingga awal pagi tadi.

Sebelum itu, pejabat Ean yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Kerajaan Negeri Selangor diserbu sepasukan anggota SPRM. Ean adalah Adun DAP Seri Kembangan.

Mereka turut merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU), selain menahan Teo.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah Teo terjatuh ataupun terjun dari pejabat SPRM Selangor itu.

Tiada ulasan: