"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau Murtad Melalui Gereja, Salah Siapa?




Gambar pelawat bersama-sama pesakit..

HARI itu saya diajak pergi ke sebuah gereja di Selangor, untuk meninjau dan melihat samada benartidaknya ada cubaan memurtadkan orang Melayu Islam melalui gereja tersebut. Teringat pula kepada satu e-mail yang dihantar ke blog saya, begini beritanya...

'PULAU PINANG, 8 Julai -Dua penganut Katholik hari ini membuat laporan polis mendakwa seorang wartawan sebuah majalah "menceroboh" majlis keagamaan di sebuah gereja Katholik di Kuala Lumpur dua bulan lalu bagi menyiasat dakwaan kononnya terdapat kegiatan mengkristiankan remaja Islam di gereja itu. Joachim Francis Xavier dan rakannya, Sudhagaran Stanley membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Joachim berkata mereka membuat laporan itu selepas membaca artikel yang ditulis seorang wartawan Majalah Al Islam keluaran Mei 2009, yang mendedahkan tinjauannya di dalam gereja bagi mencari kesahihan kononnya remaja Melayu dimurtadkan.
Beliau berkata tindakan wartawan itu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan yang dikhususkan hanya untuk penganut katholik dengan tujuan mengintip dianggap sebagai perbuatan menghina agama berkenaan.

Katanya semua perbuatan itu didedahkan sendiri wartawan berkenaan dalam artikel bertajuk "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Murtad" dan beliau percaya maklumat yang diperolehi sehingga membawa wartawan itu dan seorang kawannya ke gereja berkenaan adalah tidak benar.
Sehubungan itu, beliau mahu polis menyiasat perkara itu bagi memastikan ia tidak berulang lagi pada masa akan datang. "Perbuatan mengintip di mana-mana rumah ibadat dianggap mencemar kesucian tempat itu," katanya. (Sumber :BERNAMA)'

Saya fikir-fikir, "Okey..Jom!!" Kami pun pergi. Kami tersalah jalan dan terlewat. Sesampai di sana, rupanya ramai sudah ada sedang menemuramah beberapa orang Melayu di geraja itu. Juga ada majlis taklimat dari paderi di situ, iaitu dari pengunjung termasuk seorang ustaz, ramai pemberit-pemberita termasuk beberapa blogger.

Ringkasnya, saya petik tulisan seorang blogger yang hadir di situ...

' Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ. Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’. Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV. Melihat saja kelibat mereka, aku hampir menitiskan airmata, kesemuanya yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu.

Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad. Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi. Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat. Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga.


Untuk pengetahuan korang, aku sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan. Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh. Petugas gereja sedang menyiapkan ubat untuk para penghuni gereja. Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut
Aku tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya.

Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang lagi anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati.
Aku keluar dari gereja itu dengan perasaan yang berbelah bagi…kalau nak dikeluarkan semua anak Melayu di gereja itu, ke mana hendak di bawa mereka ini? Kalau nak biarkan pulak, takut akidah mereka akan terpesong. Justeru aku menyeru kita semua agar teruskanlah menyokong usaha murni Ustaz Amin (Seorang ustaz yang hadir di situ) untuk menyediakan tempat untuk saudara-saudara kita ini.'

Demikian tulis blogger itu dalam blognya.. http://syahrilkadir.wordpress.com/

"Apa pendapat hang?" Tanya kawan yang membawa saya ke situ semasa dalam perjalanan pulang. Saya jawab..

"Kan kita adalah sebuah kerajaan, agama Islam adalah agama yang membawa perdamaian, begitu juga dengan agama lain menurut pandangan penganut-penganutnya. Kita ada kementerian kesihatan, kebajikan, jabatan agama, pertubuhan Islam & individu sukarela, yang sentiasa ingin membantu. Pihak gereja juga ingin membantu, bahkan kerajaan menyiapkan peruntukan untuk gereja seperti dalam taklimat paderi tadi, di samping sumbangan-sumbangan dari luar negara.

Pada saya tidak ada sebab tidak boleh diselesaikan. Kecuali ada penyelewengan dan salah guna kuasa, tugas atau kewangan di kalangan petugas. Berapa banyak wang Pusat Zakat yang sedang diperniagakan? Kalau betul ramai yang jadi murtad melalui gereja, mengapa bahagian agama atau pihak polis tidak buat penyelidikan dan pendedahan?

Contohnya, rumah sedang terbakar hangus, pihak bomba masih sedang menyalahkan orang lain, baru nak mesyuarat, baru fikir masalah kenderaan, air dan lain-lain.. lembab bertindak. Inilah yang berlaku. Masing-masing ada peranan masing-masing, saya kritik ini pun sebagai melaksanakan tugas agama bagi seorang blogger!"

"Jadi la ni salah sapa?" Kawan saya itu tanya.

"Salah kita... Kerana kita pilih kumpulan parti yang meletakkan agama di bawah kuasa politik asobiah!"

Sekian, wallahu 'aklam.

Tiada ulasan: