"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jackson terpaksa 'putihkan' tubuhnya bukan kerana malu berkulit hitam

"The Jackson 5": Michael Jackson (kanan depan), Marlon Jackson (kiri depan), Tito Jackson (kiri belakang), Jackie Jackson dan Jermaine (kanan belakang) -foto AP

ABANG Michael Jackson, Tito membidas laporan media bahawa Raja Pop itu 'memutihkan' kulitnya kerana ingin mengubah bangsanya.

Tito mendakwa adiknya, Michael Jackson kerap melunturkan warna kulitnya kerana takut dilihat sebagai 'manusia yang bertompok-tompok'.

Michael terpaksa 'memutihkan' kulitnya kerana dia menghadapi sejenis penyakit kulit 'Vitiligo', kata Tito.

"Dia bukannya cuba untuk menjadikannya kurang hitam. Adik saya sebenarnya menghidap 'Vitiligo'. Terdapat tompok-tompok pada kulitnya.

Dari kiri: Tito Jackson, Randy Jackson dan Marlon Jackson mengusung keranda adik mereka, Michael Jackson semasa upacara memperingati Raja Pop itu di Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto AP

"Oleh itu, dia ingin melunturkan tompok-tompok tersebut dengan krim dermatologi (penyembuh penyakit kulit)," media memetik Tito sebagai berkata.

"Dia ingin kulit yang berwarna seragam. Ia langsung tiada berkaitan dengan sebarang keinginannya mengubah bangsanya. Ia adalah ekoran kehilangan pigmentasi. Jika saya tiada pigmen (pemberi warna kulit), saya turut berbuat demikian.

"Saya tidak pasti sama ada dia berasa segan. Ini kerana penyakit 'Vitiligo' menyebabkan Michael kelihatan seperti haiwan berbintik-bintik atau lembu dengan tompok-tompok pada keseluruhan badannya.

"Ia merebak di seluruh badannya. Michael menghidap penyakit tersebut dan tidak dapat berbuat apa-apa. Itulah puncanya dia perlu sentiasa 'memutihkan' tubuh badannya sepanjang hayat," menurut Tito.

Tambah Tito, Michael ingin tampil menarik di khalayak ramai sebagai seorang selebriti terkenal.

-mstar.com.my-

Tiada ulasan: