Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka ditutup selama sembilan hari berkuatkuasa serta-merta berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit sejak seminggu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata penutupan kampus tersebut adalah disebabkan kejadian kes-kes influenza yang tinggi di kalangan pelajar UiTM serta bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar. "Penutupan kampus UiTM Alor gajah, Melaka berkuatkuasa serta merta sehingga Jumaat, 24 Julai 2009. Arahan ini melibatkan semua pelajar kolej, pengajar dan kakitangan UiTM Alor Gajah, " katanya dalam satu kenyataan yang dipetik daripada agensi berita. Beliau berkata dalam tempoh penutupan kampus berkenaan kerjasama daripada pelajar , kakitangan dan tenaga pengajar diperlukan untuk mematuhi peraturan-peraturan berikut bagi mengawal penularan wabak pandemik ke dalam komuniti. "Mereka diingatkan sentiasa berada di rumah atau kolej kediaman dan mengurangkan pergaulan rapat dengan mereka yang tidak terlibat dengan arahan ini serta mengamalkan kebersihan diri dan etika atau adab batuk yang baik," katanya. Dr. Mohd Ismail berkata bagi mereka yang mengalami simptom seperti batuk, demam dan selsema hendaklah sentiasa memakai masak dan sekiranya jangkitan bertambah teruk, diminta untuk segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan. Mereka yang mengalami simptom berkenaan juga diminta tidak mengunjungi tempat-tempat awam atau majlis keramaian. "Mereka yang terlibat termasuk ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan influenza A (H1N1) boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http:/h1n1.moh.gov.my atau melalui talian hotline influenza A H1N1 0388810200,0388810300, 0388834414 dan 0388834415 yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Influenza A merebak, UiTM Melaka ditutup serta merta
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan