"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Teoh:Pakatan Rakyat Perak Berkabung Depan Pejabat SPRM Esok

Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengadakan upacara memasang lilin di hadapan bangunan SPRM Perak esok jam 8.15 malam, tanda berkabung diatas kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati selepas disoal siasat semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mendiang merupakan setiausaha politik kepada Exco Ean Yong Hian Wah, ditemui mati, disyakki terjatuh dari tingkat 14 dibangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM.
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menggesa satu suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian Teoh yang menjadi persoalan masyarakat Malaysia.
Nizar berkata insiden kematian Teoh memperlihatkan satu lagi siri SPRM yang semakin condong kearah parti pemerintah.
Beliau menambah banyak pihak kini mulai gusar dengan peranan suruhanjaya itu yang masih dibelenggu oleh kuasa tertentu dalam membuat sebarang keputusan.
Pandangan Datuk Seri Nizar turut dikongsi oleh Exco Kanan Pakatan Rakyat, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan SPRM berperanan mengikut telunjuk UMNO Barisan Nasional yang selama ini mempunyai telunjuk lurus tapi kelingking berkait.
Seorang lagi Exco Pakatan Rakyat, Nga Kor Ming berkata pihaknya akan menyerahkan satu memorendum kepada suruhanjaya berkenaan dan menuntut badan berkenaan untuk menjawab 8 soalan yang dikemukan.
Nga berkata memorandum yang akan diserahkan kepada SPRM itu antara lain mahu suruhanjaya berkenaan menjawab persoalan yang berkisar terhadap kematian Teoh termasuk persoalan tertunggak mengenai beberapa laporan yang dibuat Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional sebelum ini yang tidak ditangani oleh SPRM.
Mendiang Teoh adalah bekas wartawan Sin Chew Jit Poh dikatakan telah disiasat hampir 10 jam sebelum dilepaskan kira- kira jam 3.45 pagi.
Teoh dipanggil menjadi saksi bagi siasatan SPRM yang menerima aduan kononnya terdapat penyalahgunaan wang peruntukan DUN yang membabitkan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat.
Mereka ialah, Adun Kampung Tunku; Lau Weng Sang, Adun Kinrara; Teressa Kok, Adun Damansara Utama; Cheah Wing Yin, Adun Bukit Lanjan; Elizebeth Wong; Adun Subang, Hannah Yoeh dan Adun Bukit Gasing; Edward Lee.
Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM 500 ribu setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing.
SPRM mendakwa kononnya dana tersebut telah disalahgunakan.

-.tvantara.com-

Tiada ulasan: