"Beritahu, kita siasat. Kita tidak dapat aduan. Jangan salahkan JAIS. Setakat ini memang tidak ada (laporan kepada JAIS)," katanya pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Beliau diminta mengulas dakwaan Dr Asri dalam kolumnya diMalaysiakini semalam yang mendakwa "upacara itu pula dibuat di masjid" oleh tokoh agama yang "bertauliah dan berjawatan" di negeri Selangor.
Dakwanya, dalam upacara tersebut, hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dan 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat yang di masukkan ke dalam mulut mereka "untuk mendapatkan keberkatan".
Ditemui di perkarangan DUN Selangor hari ini, Mohammed Khusrin meminta Dr Asri memberikan butiran lanjut dakwaannya itu bagi membantu JAIS melengkapkan kertas siasatan yang baru dibuka semalam.
"Kalau dia segan hendak telefon JAIS untuk beritahu pun. Beliau boleh maklumkan kepada media, pada Malaysiakini. Kita pun tiap-tiap hari tengok Malaysiakini," kata Mohammed Khusrin.
Ditanya sama ada JAIS boleh memulakan siasatan tanpa mengharap 'bantuan' daripada Dr Asri, Mohammed Khusrin menjelaskan:
"Kita tidak jumpa. Kita tidak tahu di mana masjid itu. Macam mana hendak semak, kita ada lebih seratus masjid di Selangor.
"Kenyataan dia (Dr Asri) buat itu umum sangat," katanya.
Mohammed Khusrin juga enggan mengulas sama ada tindakan Dr Mohd Asri itu bagi 'membalas dendam' terhadap jabatan itu yang menangkapnya ketika mengajar tanpa tauliah sebelum ini.
"Itu saya tak pastilah. Saya tak tahulah. Sudah jadi kes mahkamah," katanya.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan