"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bilangan Daftar Pemilih Lebih Ramai Dari Rekod JPN?

KUALA LUMPUR, 15 APR: Pimpinan Pakatan Rakyat mempersoal rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di beberapa negeri melibatkan masyarakat India melebihi jumlah penduduk yang direkodkan Jabatan Pendaftaran.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen hari ini menggesa SPR menjawab isu itu secara tuntas tanpa memberi alasan rapuh.

Mengambil contoh daftar pemilih masyarakat India di Terengganu, SPR tahun lalu merekodkan bilangan pengundi ialah 1,441 manakala Jabatan Pendaftaran 1,600 penduduk

Bermakna, wujud lebihan 159 pengundi yang boleh disebut orang ramai sebagai pengundi hantu.

Masalah itu dikatakan turut dikesan di Sabah.

Setiausaha Agung DAP itu berkata SPR harus memastikan data daftar pemilih sentiasa dikemas kini supaya tidak wujud keraguan.

Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook berkata, SPR tidak harus memberi alasan pada setiap masa, kononnya data tidak dikemas kini kerana sesetengah kematian yang tidak dilapor JPN.

Ini kerana JPN senantiasa mengemas kini datanya sepanjang tahun lalu.
-tvselangor-

Tiada ulasan: