Mohd Sayuti Omar
ENCIK Ibrahim Ali yang menang atas ikhsan Pas di Pasir Mas mencadangkan supaya Pas dan Umno dibubarkan sekiranya kedua parti itu gagal menyatu padukan Melayu. Selepas pembubaran itu kelak bolehlah ditubuhkan sebuah parti baru. Katanya parti itu nanti bolehlah menggabungkan objektif Pas dan objektif Umno.
Sebelum itu katanya perlu diwujudkan jawatankuasa pemandu untuk menyatukan kedua pati berkenaan untuk kepentingan Melayu. Jawatan kuasa itu hendaklah terdiri dari golongan akademik, profesional yang berwibawa. Mereka perlu mengambil inisitifnya.
Encik Ibrahim tidak menyebut apakah nama atau konsep parti berkenaan. Tetapi saya yakin beliau cuba menjualkan Perkasa menjadi parti politik. Kalau Perkasa jadi parti tentulah dia akan jadi presidennya. Bijak juga Encik Ibrahim.... tetapi kebodohannya terserlah juga.
Cadangan itu menggambarkan yang Encik Ibrahim seorang nasionalis tulen dan punya akar politik yang mampan. Dia menunjukkan diri lebih profesional dan ikhlas dari orang Pas dan Umno. Tetapi sayangnya dia terlupa auntuk mencerminkan dirinya sendiri sebelum melontarkan cadangan berkenaan. Muhamamd Abdullah s.a.w itu kalau dirinya kotor, cemar, bohong, tidak berprinsip dia tidak akan berani untuk melontarkan ayat-ayat Allah menerusi perantara Jibrail kerana kalau dia dalam keadaan jijik orang tidak akan menyakininya!
Cadangan itu bunyinya pratikal. Ia mudah seperti memetik jari saja. Barang kali Encik Ibrahim lupa kalaupun kedua parti itu bergabung ataupun dibubarkan orangnya, orang itu juga. Kepalanya kepala itu juga. Jadi kalau orang sama, kepala sama, bentuk pemikiran, pandangan tentang masa depan tetap juga sama.
Jawabannya cadangan ataupun penggabungan maupun parti baru itu tidak akan membawa ke mana-mana pun. Ia sia-sia saja malah orang yang bercakap ke aras itu dalam suasana hari ini tak ubah macam orang gila. Melayu hari ini Melayu sudah hilang rupa diri. Sudah hilang budaya. Sudah hilang persefahaman. Sudah hilang kata-kata hikmat yang ditinggalkan oleh datuk nenek mereka. Dan Melayu yang sudah kehilangan keberanian untuk memperjuangkan nasib mereka. Melayu yang naif dan menjadi inforiti kompleks. Melayu yang diracunkan oleh dunia asing.
Melayu sudah tidak ingat apa ertinya; menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Melayu yang sudah lupa, bidalan sesudah terhantuk baru tergadah. Melayu yang sudah lama meninggalkan semangat, bersatu teguh bercerai roboh. Melayu hari ini Melayu yang menjadi musang berbuluh ayam, atau pun Melayu yang menjadi tenggiling yang kekenyangan dalam belitan diri sendiri di dalam rongga kayu.
Jadi usahlah Encik Ibrahim beretorik dengan dunia Melayu lagi. Lupakan dunia Melayu. Kembalilah ke dunia realiti yang cerah. Melayu tidak akan bersatu dalam siasah, Melayu tidak akan bersatu dalam NGO, Melayu tidak akan bersatu dalam persatuan lagi. Melayu akan bersatu sesudah nasi menjadi bubur!
Sekali lagi saya ulangi soal perpaduan Melayu - perpaduan Pas dengan Umno sudah jadi macam tahi! SUDAH JADI MACAM TAHI! [wm.kl.11:00 pm 22/07/10]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan