"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya masih belum berhasrat nyatakan siapa yang Harussani maksudkan .-Drs. Khalil

Drs. Khalil Idham Lim
Ekoran dari kenyataan media saya mengenai perkara yang berkaitan dengan dakwaan dari Harussani yang mendakwa bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemunya untuk membincangkan perpaduan Melayu,

saya sebenarnya menerima banyak panggilan dan pertanyaan dari para rakan media dan blogger yang meminta saya mengumumkan nama tersebut, tidak kurang yang kurang berpuas hati kerana saya mengeluarkan kenyataan yang sedimikian dan nasihatkan jangan menimbulkan keraguan sesama Islam.

Sehubungan dengan itu suka saya mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai perkara itu.

1. Saya mengulangi bahawa saya tahu dengan siapa Harussani bertemu , namun saya menafikan matlamat pertemuan itu bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa oleh Harussani

2. Saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini setakat ini.

3. Adapun tujuan saya mengeluarkan kenyataan ini dan kenyataan sebelum ini adalah untuk membuktikan bahawa Harussani untuk sekian kalinya berbohong kerana dalam masalah terbaru ini dia telah melakukan pengkhianatan kepada hubungan dengan orang PAS yang bertemunya untuk tujuan perniagaan namun didakwanya bertemu untuk membincangkan soal perpaduan melayu.

4. Oleh itu mulai dari sekarang saya menasihatkan diri saya dan semua pimpinan PAS serta ahli dan penyokong PAS supaya berhati-hati bila bertemu dan bercakap dengan orang seperti Harussani, kerana ia sekarang telah berubah watak sebagai agen UMNO yang sangat bahaya dan sering memutar belit fakta demi untuk memghalakan apa saja tindakan UMNO walaupun jelas ianya mungkar dan bercanggah dengan hukum Islam.

5. Sepatutnya Harussani terlebih dahulu membetulkan UMNO yang jauh menyimpang dengan perjuangan Islam , malah merupakan parti yang telah merosakkan negara, agama dan bangsa Melayu sendiri. Usaha Harussani saya sifatkan sebagai usaha tukang pembersih tong najis yang badannya penuh berlumuran dengan najis.

6. Harussani setakat ini mengesahkan dirinya sebagai Mufti UMNO dan juru cakap UMNO dalam soal agama, sehinggakan dia telah membutakan matanya untuk kebenaran perjuangan Islam dan membenarkan apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun bercanggah dengan hukum Islam termasuklah rampasan kuasa di Perak.

7. Kenyataannya mengharamkan non muslim yang merujuk kepada YB. Nga Kor Ming yang membaca Al Quran sebenarnya sangat menguris hati saya kerana itulah yang saya lalui sebelum masuk Islam. Kalau haram membaca Al Quran sebelum masuk Islam, maka apakah saya dan YB. Nga kena baca kita suci lain untuk memahami islam. Bukankah itu tandanya kedangkalan dan sempitnya pemikiran mufti UMNO ini.

8. Kerana itu saya harapkan kalau Harussani benar-benar ingin menceburkan diri dalam politik, maka bersiaplah untuk menawarkan diri untuk mewakili parti UMNO yang hampir karam itu bagi berhadapan dengan calon PAS atau PKR atau DAP dimana-mana sahaja yang difikirkan. Titi Serong pun tidak mengapa.

Kenyataan media, 21 July 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/

Ketua Sekretariat PR Perak.

Tiada ulasan: