dewa
Najib Razak a.k.a. Najib Altantuya hari ini melancarkan Bilik Gerakan Khas Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO yang bertanggungjawab mengumpul maklumat dari 380,000 Puteri UMNO mengenai pengundi dan peti undi peringkat negeri serta Parlimen.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Artikel mendedahkan operasi rahsia Puteri UMNO hasil temubual eksklusif dengan Puteri-puteri UMNO, kui kui.
Mas Ermieyati, yang juga Exco Puteri UMNO, berkata pergerakan itu kini sudah mempunyai kira-kira 380,000 anggota dan akan terus agresif meningkatkan jumlah daftar wanita sebagai pengundi baru.
Katanya sehingga suku pertama tahun ini, seramai 1.298 juta pengundi wanita berumur 21 hingga 35 tahun telah mendaftar sebagai pengundi di seluruh negara. 1.2 juta pengundi wanita ini akan menjadi sasaran utama kerakusan Puteri UMNO.
Apa kaedah yang biasa dipakai Puteri UMNO dan akan terus dipakai? Penulis pun tak tahulah. Justeru, penulis telah menemubual Puteri-puteri UMNO yang penulis kenali..
Rupanya, ada beberapa taktik lazim:
1. DEDAHKAN 'KEZALIMAN' ISLAM
UMNO menerusi pelbagai cawangannya akan terus mendedahkan 'kezaliman' undang-undang shariah yang diperjuangkan PAS khususnya ke atas kaum wanita. Memandangkan Puteri UMNO wanita, hujah mereka lebih senang didengar oleh masyarakat bukan Islam dan wanita.
2. GUNAKAN DANA KEBAJIKAN
Memandangkan Puteri UMNO sebahagian dari UMNO, dan duit negara merupakan duit UMNO dalam kepala mereka, Puteri UMNO akan digunakan sepenuhnya untuk mengenalpasti golongan miskin tegar agar sedikit duit dan kain palekat dapat diberikan kepada mereka menjelang PRU kelak.
3. TARIAN Provokasi
Sempena PRU, Puteri UMNO akan terus menggelek-gelek sambil ketawa dan menepuk punggung untuk menyindir tuduhan liwat ke atas pemimpin Pakatan, Anwar Ibrahim, sepeti yang lazim mereka buat sempena pilihanraya kecil.
4. Menangis
Berbeza dengan PRU lepas, kali ini Puteri UMNO akan lebih agresif dengan menangis-nangis untuk merayu simpati masyarakat demi mempertahankan 'ketuanan' dan kepentingan Melayu.
5. Dakwa Dicabul
PAS perlu berhati-hati kerana Puteri UMNO boleh mengadu bahawa mereka dicabul bila-bila masa sahaja. Sedangkan lelaki pun tanpa malu-malu mengaku bontot telah dicabul tanpa kerelaan sesudah disapu minyak, inikan pula wanita.
Puteri-puteri UMNO yang ditemubual melahirkan rasa hampa mereka ke atas Tok Guru, pemimpin Pakatan dan ahli Pakatan yang kesemuanya menjadi ' boneka' DAP. Sumber rujukan mereka ialah Utusan yang mereka baca hampir setiap hari..
Penulis cukup sedih melihat Puteri UMNO. Muka ada juga yang hot tapi IQ macam lembu dicucuk hidung.. Apa pun, Najib dan BN pasti menggunakan Puteri UMNO sepuas-puasnya..
Keghairahan UMNO merampas kuasa di Perak akan diteruskan dengan sokongan padu Puteri UMNO nampaknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan