"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perkataan ‘Pandikutty’ Wajar Di Gunakan Terhadap Najib Dan Sekutunya

tun_telanai

Harakahdaily.net hari ini memetik sindiran sinis (bagi Najib dan sekutunya bukan faham bahasa ini) Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan kecaman terhadap Datuk Seri Anwar ekoran dakwaan menggelar Perdana Menteri sebagai 'Pandi kutty'. Beliau mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan. 

Beliau mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.
"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?"katanya di Facebook.

Utusan di muka depannya hari ini meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa menggelar Datuk Seri Najib dengan gelaran Pandi Kutty.

Antara lain, akhbar Umno itu mengambil pandangan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Ketua AMK yang menyertai Umno, senator Ezam Mohd Noor.

Najib ketika mengulas laporan itu pula berkata, beliau tetap tidur lena (jenera) walaupun dituduh dengan perkataan itu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak ekoran tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan di muka depan laporan serta gambar berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Turut dikecam dan dilebelkan sebagai media lucah adalah TV3.

Dalam pada itu, Anwar hari ini menyifatkan serangan terbaru isu Pandi Kutty terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.

Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” katanya dalam ceramah itu.
Sumber : DISINI dan juga DISINI

KOMEN :
Adalah wajar bagi Anwar Ibrahim menggunakan perkataan ‘PANDIKUTTY’ kepada Najib dan sekutu-sekutunya baik dalam UMNO  mahu pun dalam organisasi media milik mutlak UMNO.

Najib, sebagaimana yang kita sedia maklumkan bahawa beliau bukanlah seorang manusia yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi, apatah lagi pegangan agamanya sangat cetek dan rapuh kerana didikan yang diterimanya (berpendidikan barat) sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke zaman hendak memasuki pintu kubur pun pendirian tidak pernah berubah terhadap amalan Islam.

Kalau dalam jiwa beliau ada roh Islam, beliau tidak akan tergamak menganugerahkan dan meluluskan lesen judi bola sepak (akhirnya dibatalkan akibat tentangan kuat dari rakyat berbagai agama) kepada Vinvent Tan (Berjaya Group). Beliau juga mencadangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat hiburan antarabangsa (apa maknanya ini) bagi menjana pendapatan Negara (pendapatan negara secara halal dari segi syarak sudah tiada lagikah?) dan beliau juga pernah menghina hukum Allah. Apa erti menghina hukum Allah? Menghina hukumNya bererti turut menghina Allah juga (seperti yang ditunjukkan oleh Mahathir Mohamad).

Oleh sebab beliau tidak ada pegangan agama yang kuat dalam dirinya, maka ia bermain politik paling kotor dalam sejarah ketamudunan Malaysia (khususnya tamadun Melayu-Islam). Amalan bercakap ‘bohong’ sudah menjadi sebati atau budaya politik pegangannya demi mengejar  kuasa dan mengekploitasikan khazanah Negara untuk kaum keluarganya, sahabat-handainya dan kroni-kroninya.

Najib juga mengamalkan budaya rasuah secara terang-terangan tanpa malu-malu dan segan-silu khususnya dalam setiap pilihan raya kecil (Hulu Selangor dan Sibu contohnya). Pihak berkuasa tidak pernah mengambil sebarang tindakan untuk membetulkan persepsi yang salah yang dibawa oleh Najib itu. Mereka biarkan kerana takut kepada Najib yang boleh mengugatkan kedudukan, kuasa dan kekayaan yang mereka nikmati.

Najib membiarkan dan memberi perlindungan dari segi undang-undang (menguasai polis dan system keadilan Negara) bagi mana-mana hantu raya yang ingin memberi sumbang bakti kepada beliau dengan memaki-hamun siang-malam, pagi-petang, menghina, memalu, mengaibkan dan memperlecehkan mana-mana musuh politiknya agar ia senantisa disanjung dan dipuja serta beliau dan UMNO berkekalan memerintah Malaysia. Islam membenarkan perbezaan pendapat sebab itu kita ada 4 mazhab, apatah lagi dalam amalan demokrasi cipataan manusia. Perbezaan pendapat itu banyak baiknya dan ia perlu diuruskan mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak melampaui batas-batas kemanusian dan agama.

Anwar Ibrahim salah seorang musuh politiknya nombor 1. Apa yang dia tidak buat kepada Anwar Ibrahim melalui suku-sakatnya dalam UMNO/BN, media dan pihak berkuasa seperti pasukan polis, Jabatan Peguam Negara (Abdul Ghani Patail) dan mahkamah (Zaki Azmi). Sudah tentu pada 16 hb ini Anwar akan dipanggil untuk membela diri. Pada petimbangan hakim, bukan untuk menegak keadilan, tetapi lebih kepada pertimbangan untuk menjaga kepentingan Najib dan UMNO. Kalau untuk bertindak adil kenapa tuala good mornig, berus gigi dan air sebotol air mineral boleh diterima sebagai bahan bukti DNA, sedangkan sebelum itu ianya dibuangkan sebagai bahan bukti. Dalam Islam, membebaskan orang yang melakukan kesalahan lebih mulia daripada menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak melakukan kesalahan. Oleh sebab itu dalam Islam,  kes zina memerlukan 4 saksi yang tidak fasik yang melihat perkara itu berlaku. Allah swt tahu bukan senang dan mudah untuk mendapatkan seperti yang ditetapkan oleh Allah itu. Khalifah Umar al-Khatab sendiri mengakui hakikat tersebut, tetapi apa boleh buat kerana ia kehendak Allah, yang IA lebih tahu apa yang IA kehendaki.

Anwar Ibrahim dihina, diaibkan, dimalukan, diserca dan dimaki-hamun 24 jam. Dari pagi sampai ke malam Anwar ditelanjangkan ke tengah-tengah masyarakat demi mengejar kuasa sanggup memalukan sesama muslim. Kerana apa? Kerana Anwar bangkit menentang beliau dan UMNO dan berusaha mengangkat martabat rakyat yang selama ini diperhambakan oleh para pemimpin UMNO termasuk beliau dan sekutu-sekutu beliau selama 54 tahun. Adakah Islam yang Najib pegang, mengajarnya berbuat sedemikian?

Apabila Anwar bangkit untuk mempertahankan maruah dan harga dirinya serta keluarganya dari dihina, dimaki-hamun, dikeji, diaibkan dan dimalukan, Najib dengan pantas memperalatkan pasukan polis dan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menyekat Anwar Ibrahim daripada bersuara mempertahankan diri dan memberi penjelasan bagi pihak dirinya dan keluarganya. Ini pun tidak dibenarkan oleh Najib (Mahathir telah pun melaluinya, Mahathir juga disekat dan banyak majlisnya dibatalkan ketika Pak Lah memerintah dulu, polis juga diperalatkan). Najib memaksa rakyat hanya menerima penjelasan dari beliau melalui saluran media yang dikuasainya semata-mata, lain-lain saluran ditutup.

Tindakan Najib yang tidak boleh diampunkan dan dimaafkan ialah tindakan beliau membiarkan penyebaran video seks lucah ke dalam rumah setiap rakyat Malaysia tanpa mengira  adat-budaya apatah lagi hukum-hukum syarak yang menegahnya berbuat sedemikian dan memberi perlindungan kepada orang-orang yang terlibat. Setiap rakyat Malaysia dari usia bayi sehinggalah ke usia tua bangka telah membaca, mendengar dan menonton cerita-cerita lucah tersebut. Itulah jasa atau sumbangan besar Najib ke atas rakyat Malaysia, mengajar seks bebas semenjak dari usia bayi lagi. Inilah dosa yang paling besar yang telah dilakukan oleh Najib. Saya dan mungkin sebahagian lagi rakyat Malaysia tidak dapat memaafkan tindakan Najib mengaibkan Islam dan penganut-penganutnya melalui penyebaran video lucah ini secara meluas amat memalukan ummah dan kita akan berbicara dihadapan Allah swt di padang masyar kelak.

Kesimpulannya, Islam yang dipegang oleh Najib ialah Islam tepi jalan, bukan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Oleh itu, wajarlah perkataan ‘PANDIKUTYY’ digunakan ke atas diri Najib. Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, dibalas jahat (melalui perkataan itu). Kata orang tua-tua "Jangan Lakukan Terhadap Orang Lain Apa Yang Kita Tidak Mahu Dilakukan Terhadap Kita".

Tiada ulasan: