"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kata ‘bodoh’ marah, tapi tak tau apa satu gatai nak jadi blogger

Mid Panah

Ni Mid Panah ambik petikan ayat dari sebuah blog pro UMNO tulisan Mat Panah:

Berbalik pada dakwaan harga gula naik bukti BN tak reti urus negara tu, jom kita tanya puak ni, yang depa penaik cukai tanah UUM tu pula apa cerita? Yang tu kira pandai menguruskan negeri ka?

Sebulan dah rakyat Malaysia dok bincang mengenai cukai tanah UUM, tapi blogger UMNO ni tak faham lagi isu yang sebenarnya. Dia dakwa Kerajaan Negeri Kedah penaik cukai tanah. Bila pulak kerajaan penaik cukai tanah? Sejak ambil alih kerajaan Mac 2008, semua cukai tanah di Kedah diturunkan antara 30-70%.

Isu tanah di UUM tu bukan kerana kerajaan negeri penaik cukai tanah. Ceritanya pada tahun 2006-2008 kerajaan negeri BN masa tu telah rampas hak rakyat dengan memberi rebat cukai tanah kepada UUM sehingga UUM hanya perlu bayar RM100 ribu sahaja daripada hampir RM2 juta.

(*Rebat maknanya orang bayaq penuh kat kita, lepas tu kita pulang balik sebahagian)

Tapi kerajaan negeri sekarang tak mau dah bagi rebat kat UUM jadi depa kena bayar penuh RM1.74 juta. Sebabnya duit tu nak diguna untuk kebajikan rakyat, ramai rakyat Kedah yang miskin sedangkan UUM ‘orang kaya’ bapak dia Kerajaan BN Pusat mendakwa depa sangat kaya raya, nak bantu apa lagi.

Jadi tak timbul langsung dakwaan kerajaan negeri penaik cukai tanah, FAHAMMM???? Hai Mat Panah, hang ni kalau tak tau apa satu pasai isu semasa toksah dok gatai  jadi bloggerlah. Balik bukak kedai sekerap pun dapat rezeki yang halal daripada dok makan gaji dari sumber buat fitnah kat orang.


 http://kedahla.blogspot.com/

1 ulasan:

Unknown berkata...

aku setuju.. blogger umno mmg bangang.. dr menteri smpai le pencacai..pandi kutty!!