"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Depa bunuh kita, lepas tu depa tuduh kita bunuh diri

Penarik Beca
Dalam berita bertajuk "Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL", Malaysiakini hari ni melaporkan:
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtCnu2yocjIy0AH3zChJmkPdLKQ8a7RhXy68fPIN3WnQXHxMMqeQL1EN_mTYn91qfBSNYF52lCciaCFf1RnUOBWuHr7yhQiUAfkBcGWhwPX4x6KfTvJrm-ER8tY7WWuWP54F6lCTst/s1600/Baharudin.jpg
Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu.Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.


Saya adalah antara orang yang tidak significant yang turut menziarahi sebelum jenazah Baharudin disembahyangkan di Surau Muqorrobin di AU3 Keramat. Saya adalah antara suara yang tidak significant yang "berceramah" sana sini merata kedai kopi dan tempat-tempat lain mengutuk pembunuhan Baharudin. Sukar saya nak menolak kata hati bahawa Baharudin dibunuh, sama seperti Teoh Beng Hock dan Penolong Ketua Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed.

Tinggal lagi, saya hanya nak bertanya, adakah selepas ini ada pula yang terlebih pandai sangat dan menuntut suruhanjaya siasatan diadakan untuk menyiasat pembunuhan Baharudin dan selepas itu suruhanjaya siasatan senang-senang mendakwa Baharudin mati bunuh diri.

Ya Allah! Laknatkanlah yang berlagak Tuhan dan tidak boleh dipersoal apa kata depa dan laknatkanlah taghut!

Tiada ulasan: