"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ugut pancung isteri

SUBANG JAYA: Seorang wanita diugut bunuh suaminya selepas menegur sikap suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah mereka di USJ 2, di sini, tengah malam, Isnin lalu.

Wanita terbabit sering dipukul dan dibelasah suaminya itu sejak awal perkahwinan mereka, namun dia tidak berani melaporkan kejadian itu kepada polis.
Bagaimanapun, dia selalu menceritakan masalah rumah tangganya itu kepada sepupu lelakinya yang menetap di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 12 tengah malam, jurujual berusia 23 tahun itu cuba meminta penjelasan berkenaan wanita yang dibawa pulang suaminya sebelum lelaki terbabit ‘naik hantu’ dan memecahkan cermin di dalam bilik tidur mereka sebelum mengacukan serpihan cermin itu kepadanya.

Menurut sumber, mangsa hilang sabar apabila melihat suaminya membawa pulang teman wanita barunya ke rumah mereka serta tidak mengendahkan pertanyaannya sebelum menuju bilik tidur.
-hmetro-

Tiada ulasan: