"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terorisme Wahabi Dr Asri, ulama: Mat Sabu ketawa

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini cuma ketawa apabila diajukan soalan tentang beberapa tokoh ulama Islam yang dikaitkan dengan Wahabi dan terorisme.

NONE"Ini macam enam orang yang ditahan bawah Ordinan Darurat. Kalau nak guna biarlah berasas.

"Ini propaganda sempit BN dan menjejaskan imej Malaysia di mata antarabangsa," dakwanya yang terus tersenyum.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam yang berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Malaysiakini juga dimaklumkan pada taklimat tertutup MKN yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri diPutrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: