KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli terbunuh dipercayai terkena letupan daripada senjata buatan sendiri milik abangnya di Kampung Bangas, Kuala Sentul, dekat Maran semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasegaran berkata, sebelum kejadian kanak-kanak berusia 10 tahun itu keluar memburu bersama abangnya yang berumur 16 tahun.
"Apabila mereka sampai di rumah pada 7.45 malam, abang mangsa telah membersihkan senjata dengan cuba membuang bahan letupan dalam senjata itu tetapi senjata itu meletup dan terkena perut kanak-kanak perempuan itu yang meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Narenasegaran berkata, polis menahan abang dan ayah mangsa untuk siasatan lanjut.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan