Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini hanya untuk berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.
Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.
Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.
Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.
Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya.
Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.
Pembantu beliau memberitahu Malaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini.
Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu.
Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.
"Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?
"DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim.
-malaysiakini-
-malaysiakini-
Semalam menangis merajuk hampir menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor kerana kecewa kempennya tidak mendapat liputan media.
"Saya dah merajuk dengan media. Untuk apa saya bertanding jika tiada kebebasan media. Saya bawa isu rakyat tetapi tidak mendapat liputan media.
"Saya tidak berlakon (menangis)... saya bukan nak jadi artis. Saya ikhlas ingin membela nasib rakyat. Apabila saya bawa isu rakyat, media tak cover... bila ada majlis Guan Eng hangpa (media) pergi," katanya.
2 ulasan:
Inilah yang dikatakan pseudo-malay yang dna-nya masih kebal dengan keturunan asalnya. Perangai masih kekal dengan asal usul nenk monyangnya.
Dengan Nama Allah SWT
Hidup jangan suka menipu , esok lusa jika Allah SWT merealitikan perkara yang di buat buat (lakonan)akan menyesal di kemudian hari.Jangan buat malu bangsa , tak malu ke..satu dunia melihat perbuatan auta engkau Abu Backer ooiii
Catat Ulasan