ramziredang
Kalau kita kumpulkan kata kata presiden PAS kebelakangan ini, ia seolah olah ada satu pakej lontaran kata kata yang ingin membawa kita kembali kepada era politik beliau pada tahun tahun 1980an. Yang mana pada ketika itulah terciptanya sesuatu yang menggemparkan negara, iaitu sesuatu yang dipanggil "Amanat Haji Hadi". Natijah dari amanat tersebut maka timbulnya isu mengkafirkan UMNO khususnya atau secara amnya sesiapa sahaja yang berjuang luar dari kerangka kepartian PAS, maka kafir
Sifat kerasnya amanat yang dikeluarkan pada ketika 80an dulu mungkin kerana terpengaruh dengan dunia islam timur tengah pada masa itu juga digemburkan dengan isu takfiri. Hinggakan mursyidul am Ikhwanul muslimin pada ketika itu mencari jalan untuk mengatasi isu kafir mengkafir sesama Islam.
Sehingga itu lahirlah sebuah buku karangan hassan hudaibi,mursyidul am ikhwanul muslimin ketika itu yang bertajuk "Du'ah La Qudah" atau "Pendakwah Bukan Hakim'( atau dalam bahasa inggeris "preachers, not judges"). Melalui buku ini hassan hudaibi ingin melunakkan balik hubungan sesama islam dan lebih mementingkan kerja kerja dakwah dari kerja kerja menghukum orang.
Kebelakangan ini, patah perkataan yang terkeluar dari bibir hadi awang atau kuncu kuncu sekelilingnya amat sinonim dengan era era keras 80an dahulu. Perkataan barua,anjing,babi,pengkhianat,"lebih bahya dari musuh" malah ada ayat 'mesti dimusnahkan', sangatlah bahaya dan ingin mengheret sesuatu.
Ia sebenarnya sama seperti "Amanat haji hadi" tetapi dalam versi yang lain, yang diolah jalan cerita yang lain, menggunakan plot yang lain dan menggunakan watak watak yang lain. Kekadang watak yang sama tetapi diberi peranan berbeza.
Hadi Awang masih menjadi pengarahnya. Tajuknya mungkin lain tetapi sebenarnya ia hanyalah cerita lama yang digubah baru. Kisahnya hanya berkisar sesiapa yang tidak menyokong hadi, boleh dirumuskan sebagai penentang Islam.
Anehnya dua watak utama adalah sama, tetapi sering digambarkan karaktor berbeza berubah ubah oleh mereka. UMNO dan DAP tetap dari dulu sampai sekarang masih sama. Tetapi hadi mengolah skrip supaya ianya dipandang pada satu masa UMNO berbeza tetapi pada satu masa UMNO yang sama juga adalah lain.
Begitu juga DAP. Apa yang kita faham DAP dari dulu sampai sekarang tidak banyak bezanya. Tetap DAP yang sama. Tetapi hadi mengolah skrip mengikut kehendaknya supaya pada satu masa DAP boleh digambarkan berbeza pada masa yang lain berbeza pula.
Pada satu masa DAP boleh digambarkan sebagai kawan yang lebih baik dari musuh yang sesama Islam tetapi kontranya pula pada satu masa DAP adalah penentang Islam chauvinis dan membawa agenda antarabangsa untuk melemahkan Islam di malaysia.
Yang paling memberi kesan dari segi aqidah, adalah tentang UMNO. Ia tidak mungkin berlalu begitu sahaja. Kerana kata kata hadi ingin dijadikan 'hukum'. Maka apabila ia ingin dijadikan hukum, maka hukum tidak akan berubah kecuali jika keadaan orang yang dihukumkan itu ternyata berubah seratus peratus dari apa yang disimpulkan sebelum dijatuhkan hukum itu dahulu.
Yang paling membimbangkan dan seolah olah dipandang ringan, hukum ini sebenarnya telah diberi 'KATA DUA' oleh Rasullullah saw.
Ia tidak boleh diluahkan main main begitu sahaja. Kerana kesannya sangat besar kepada si penutur atau orang yang ditujukan oleh si penutur. Andaikata orang yang ditujukan oleh si penutur tidak kafir maka kafirlah si penutur.
Hadis riwayat bukhari dan muslim dari Ibnu umar:
Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya 'hai kafir' kata kata itu akan kembali pada salah satu di antara keduanya. Jika tidak(yang dituduh tidak demikian maka kata kata itu kembali kepada orang yang mengucapkannya(yang menuduh.
Hadis riwayat Tabrani:
Tahanlah diri kalian, jangan menyerang ahli 'la ila ha illlallah'.Janganlah kamu mengkafirkan mereka hanya kerana sesuatu dosa. Dalam riwayat yang lain dinyatakan,:Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari Islam kerana sesuatu perbuatan.
Di dalam surah An nisa' pula Allah swt berfirman: hai orang orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucap salam kepadamu "kamu bukan seorang mukmin,lalu kamu membunuhnya...(sehingga akhir ayat)
Terlalu banyak hadis atau ayat ayat quran yang melarang umat islam menghukum sesama Islam, melabel sesama sendiri dengan panggilan yang buruk. Kerana ianya hanya akan berbalik kepada si penuturnya dan akibat dari penuduhan tersebut juga membawa kepada pecah belah.
Mari kita pergi kepada episod Amanat Haji Hadi:(saya ringkaskan)
1: Kita menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, kerana UMNO mengekalkan undang undang dan perlembagaan penjajah.
2: Tidak perlu masuk hindu, budha atau kristian, memisahkan politik dan agama (seperti UMNO) akan jatuh kafir
Kita tidak mahu membincangkan secara mendalam atau mencari hujah hujah panjang tentang mengesahkan tentang takfiri ini.
Tetapi kita ingin menimbulkan keraguan, andai mengekal dan menyokong perlembagaan penjajah menyebabkan jatuh kafir, apa status hadi awang ketika dia menyokong convention pakatan rakyat 2011. Beliau mem'PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN YANG TERMAKTUB DALAM BUKU JINGGA'
Jadi perlembagaan manakah yang dipertahankannya?. Jika ingin dirujukkan kepada amanat haji hadi. 'hadi yang mana satukah kafir'? Yang menentang perlembagaan penjajah atau yang mempertahankan perlembagaan di dalam buku jingga?
Desas desus juga telah lama berlegar bahawa hadi dan harun din ingin membawa PAS bergabung dengan UMNO demi perpaduan melayu dan Islam.
Persoalannya dengan UMNO yang manakah mereka ingin bersatu? UMNO yang mengekal perlembagaan penjajah? Tidakkah UMNO sekarang tidak pernah berubah dari UMNO yang dulu? UMNO sekarang masih mengekalkan perlembagaan penjajah. UMNO sekarang masih memisahkan agama dan politik pentadbiran. UMNO sekarang adalah UMNO yang dulu menyatakan poilitik suku agama suku.
Kalau dulu tidak perlu masuk budha hindu kristian untuk jadi kafir, sekadar 'puak itu' memisahkan agama dan politik sudah jadi kafir dan mereka tidak pernah berubah sampai sekarang, apakah 'kafir' itu hilang demi perpaduan melayu? Atau adakah dulu kafir sekarang tidak kafir??
Kalau sekarang mereka tidak kafir, apakah kafir itu kembali kepada si penuturnya???
Saya ulang lagi hadis riwayat bukhari.
“Siapa yang memanggil seorang dengan kalimat ‘Hai Kafir’, atau ‘musuh Allah’, padahal yang dikatakan itu tidak demikian, maka akan kembali pada dirinya sendiri”
Jadi daripada Hadi awang cuba kecamukkan balik dunia islam di malaysia hari ini dengan hukum label melabel. Lebih baik dia qat'ie kan dahulu amanatnya yang lama. Jangan kita lupa kerana amanat itulah terkorbannya Ibrahim libya dan pengikutnya.
Kami rakyat tidak mudah lupa. Apakah suasana yang lalu ingin dibiarkan seolah olah berlalu begitu sahaja? Dari sibuk sibuk cuba mempengaruhi penyokong dengan edisi takfiri terbaru lebih baik jelaskan dahulu hal lama berkaitan amanat.
Hadi sekarang adalah sama dengan hadi dulu. UMNO sekarang adalah sama dengan UMNO yang dulu.
Kalau mengikut tafsiran hadis..antara dua yang lama dan dua yang sekarang itu, oleh kerana sudah dimainkan isu mengkafir, pasti salah satunya jadi kafir.
2 ulasan:
tiada kata-kata hj hadi mengkafirkan umno.perhatikan ucapannya ada tak tghj sebut perkataan umno
klu hadi jd PM bukan hudud yg hendak dilaksanakan
tapi dia akan memburu 'pengkhianat' PAS utk dihukum
itu lebih utama dpd hudud
nasib rakyat dalam khemah adalah agenda terakhir dia
tu semua dunia belaka
akhirat yg penting
umat islam malaysia mesti menghapuskan fahaman syiah laknat dan khawarij
Catat Ulasan