"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video anak permpuan berusia 6 tahun ‘leteri’ ibu ditonton enam juta kali


VIDEO sepanjang tiga minit seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang memberi ‘syarahan’ kepada ibunya supaya berbaik-baik dengan bapanya selepas pasangan itu bercerai, menarik perhatian ramai apabila ia ditonton enam juta kali sejak dimuat naik Rabu lalu.

Cherish Sherry, dari Surrey, Canada, memuat naik rakaman ‘syarahan’ anaknya itu, Tiana, 6, ke Facebook.

Selepas Sherry dan bekas suaminya (bapa Tiana) bertengkar, Tiana menarik ibunya masuk ke dalam rumah dan ketika duduk di atas tangga, dia menasihatkan ibunya supaya berbaik-baik dengan bapanya.

“Ibu sudah bersedia nak jadi kawan dia,” kata Tiana memulakan ‘syarahannya’.

Ibunya menjawab, ‘ya’ dan Tiana berkata “Cuba jangan terlalu angkuh untuk berkawan. Cuba yang terbaik.

“Saya tidak mahu ibu dan bapa saya diganti dan bergaduh lagi. Saya mahu ibu dan bapa saya jadi kawan.

“Saya hanya mahu semua orang jadi kawan.

“Jika saya boleh jadi baik, saya rasa semua kita boleh jadi baik juga.

“Saya mahu ibu, bapa saya, semua orang jadi kawan. Saya mahu semua orang senyum.” katanya.

Pada hujung leterannya, ibunya berkata, ‘Terima kasih Tiana,’ dan mereka berpelukan. - Daily Mail
Cherish Sherry berkata, kata-kata anaknya itu amat menyentuh hatinya.
-hmetro-

Tiada ulasan: