"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gangster bina ‘balai polis palsu’, 8 bulan peras ugut penduduk

ENAM suspek berjaya ditahan selepas membina balai polis palsu bagi memeras ugut orang ramai.-AGENSI

NEW DELHI: Sekumpulan gangster di India dilaporkan membina ‘balai polis palsu’ dan beroperasi selama lapan bulan untuk memeras ugut dan merasuah penduduk tempatan. 

Difahamkan, seramai enam gangster memakai seragam tiruan di pejabat polis yang beroperasi di luar sebuah hotel di bandar Bika, Bihar yang terletak di timur laut India. 

Sedangkan, balai polis sebenar hanya terletak 500 meter dari pejabat polis sebenar. 

“Penduduk dimaklumkan mereka boleh membuat laporan kepada ‘anggota polis’ mengenai isu jenayah, permohonan perumahan sosial dan memohon pekerjaan dalam perkhidmatan polis. 

“Penduduk perlu membayar antara RM5 hingga RM52 bagi setiap permohonan yang dibuat. 

“Sedangkan, semua kertas kerja yang dihantar penduduk dibuang begitu sahaja di pejabat polis palsu itu,” katanya.  

Difahamkan, kumpulan gangster itu juga akan membayar gaji harian kepada individu dari kawasan luar bandar sebanyak RM26 untuk berpura-pura menjadi anggota polis lain yang bekerja di balai itu. 

Ketua Balai Polis sebenar di Banka, Shambhu Yadav berkata, suspek berjaya ditangkap awal minggu ini, selepas anggota polis sebenar melihat seorang daripada mereka membawa jenis pistol yang tidak dipakai oleh pihak berkuasa.  

Jelasnya, dia berjaya menghalang Anita Devi Murmu, 25, dan rakannya, Aaakash Kumar Manjhi, 27, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke hotel. 

Apabila Yadav menyoal pasangan itu mengenai lokasi bandar yang mereka bertugas, mereka mengelak untuk menjawab sebelum dibawa soal siasat. 

“Mereka akhrinya mengaku beroperasi di luar ‘stesen’ berhampiran. 

“Pihak polis menyerbu hotel itu dan menahan tiga suspek lain iaitu Ramesh Kumar, Wakil Kumar dan Julie Kumari Manjhi,” katanya.-AGENSI

-utusanonline

Tiada ulasan: