"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

RM163K dalam empat buah bank lesap, mangsa penipuan scammer jadi murung

Dunia gelap, murung, hilang semangat nak hidup, luah seorang lagi mangsa penipuan scammer lesap RM163K

AYHAN FERHAT

Dunia menjadi gelap dan rasa hilang semangat untuk hidup antara luahan mangsa penipuan scammer di mana wangnya RM163,000 hilang begitu sahaja.

Biarpun di media sosial telah mendedahkan penipuan ini hakikatnya masih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan scammer ini.

Menurut wanita ini melalui Facebooknya Azura Photobook turut mendedahkan beliau menjadi mangsa di mana hilang ratusan ribu wangnya daripada empat buah bank.

“Akibat penipuan itu, saya kerugian RM163K pada 4 Julai 2022.

“Jalan cerita yang lebih kurang sama dengan saya.

“Hampir 3 minggu saya kemurungan yang amat teruk..Rasa dunia gelap rasa hilang semangat untuk teruskan hidup..tetapi rasa redha dengan apa yang berlaku,” luahnya.

Katanya duitnya lagi banyak kena ‘scam’ membuatkan hatinya hancur lebur serta kemurungan dan kejadian ini tidak boleh dilupai sampai bila-bila.

“Duit saya lagi banyak kena scam tinggal lagi kes tak viral sahaja..Hancur lebur kemurungan..163K x akan boleh lupa sampai bila2..

“Public Bank, Cimb Bank, Maybank,Bank Rakyat,” tulis beliau.

Susulan luahannya tular hari ini, ramai warga maya mempertikaikan soal keselamatan bank-bank di Malaysia yang boleh ditembusi oleh ‘scammer’.

Bagi mereka bank-bank sudah tidak selamat sebagai tempat simpan duit apabila ramai menjadi mangsa ‘scammer’.

Tiada ulasan: