"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki mengaku cicit Nabi pernah buat 6 kesalahan termasuk aktiviti penipuan duit?

Siapa sebenarnya lelaki mengaku cicit Nabi?-Hasil siasatan rupanya pernah buat 6 kesalahan termasuk aktiviti penipuan duit

AYHAN FERHAT

Ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki yang mengaku cicit Nabi Muhammad SAW, bagaimanapun hasil siasatan yang dilakukan terhadap Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani, pernah membuat 6 kesalahan termasuk aktiviti penipuan duit.

Seorang pengguna Twitter @eryazmi telah berkongsi hasil siasatan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang individu yang mengaku cicit Nabi Muhammad S.A.W.

Pihak Jakim mendapati wujud keraguan terhadap latar belakang yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi.

Dalam semakan itu, pihak penyelidikan Jakim telah mengkaji latar berlakang persatuan yang dimaksudkan iaitu;

Sayyid Moulay Muhmammad Amine berasal dari Algeria dan mendapat kewarganegaraan Maghribi (Morocco) dan dikatakan juga mendapat kewarganegaraan Perancis.

Dikatakan kini menetap di Fes Maghribi (Morocco) mendakwa sebagai keturunan Ahli Bait.

Latar belakang pengajian tidak dapat dikenalpasti dikatakan sering menghadiri majlis ilmu, zikir dan selawat masyayikh serta majlis-majlis ulama di sekitar negara Maghribi.

Beliau juga kerap hadir jemputan dalam majlis-majlis para Habaib di Indonesia.

Dikatakan pihak yang ingin membawa penama tersebut ke Malaysia ialah pihak Nur Al Mustafa Malaysia (dipengaruhi Ustaz Hasnul Hakim Hj Mohd Zain).

Maklumat mendapati penama warga Maghribi tersebut dikatakan dan dikaitkan dengan beberapa isu dan kontroversi di Maghribi namun maklumat awal tersebut tidak dapat disahkan berikutan maklumat amat terhad kerana bukan warganegara Malaysia dan bukan bergerak di Malaysia

Isu-isu yang dikatakan berkaitan dengan beliau adalah;

1.Mendakwa keturunan ahli bait yang nasab berubah-ubah gelaran iaitu al-Idrisi, al-Quazzani, Al-Alami.

2.Penipuan berkaitan duit di Maghribi.

3.Penipuan lain terhadap Zawiyah Sidi Kasem ben Rahmoun, Fes Maghribi.

4.Permasalah dengan pihak Moulay Zouber Kettani.

5.Dikatakan pihak kementerian Waqaf menasihatkan kepada para Sheikh di Jami’al Qurrawiyyun supaya berhati-hati dengan penama tersebut.

6.Para pelajar Asia Tenggara di Fes turut dinasihatkan supaya menjauhi penama tersebut.

--------

Hati-hati dengan dakwaan berkaitan ‘cicit nabi’ - Jakim

Malaysiakini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat ini tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad.

Penjelasan itu dibuat di Facebook badan itu ketika menjawab soalan pengguna maya yang mahu tahu berkaitan dakwaan lelaki itu terlibat dalam kesalahan seperti penipuan wang dan nasab.

“Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan. 

“Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut,” kata jabatan itu.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lepas dilapor melarang ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri lelaki itu yang dirujuk di media sosial sebagai Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi.DVD

Video lelaki itu secara tiba-tiba tular di pelbagai platform media sosial dan mengundang perdebatan awam berkaitan kesahihan statusnya.

Antara yang turut mengulas isu itu ialah Azhar Idrus.

Penceramah popular dari Terengganu itu bagaimanapun lebih terbuka dan menasihatkan orang ramai bersangka baik.

Membandingkannya dengan konsert yang “terang-terang fasik”, Azhar berkata kedatangan individu tersebut tidak mendatangkan mudarat kepada umat Islam, sekali pun dakwaan dia tidak benar.

“Jika bukan dia keturunan nabi sekali pun tiada masalah kerana ia tidak memudaratkan masyarakat di negara ini kerana kedatangannya adalah untuk menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul.”

Azhar bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan dakwaan itu benar, lapor Kosmo!.

Sementara itu, Jakim sebentar tadi berkata mereka mengambil maklum mengenai kunjungan individu itu.

“Difahamkan beliau menghadiri beberapa program yang telah diatur di beberapa buah negeri,” kata Jakim

“Jakim percaya pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program yang melibatkan kehadiran beliau.”

Tiada ulasan: