"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KEDAH SELEPAS 13 BULAN DI BAWAH PR

oleh HAHB Baling


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya meminta maaf seandainya tulisan saya ini tidak mengikuti kerangka yang ditentukan, jika ada, kerana sya tidak pernah menulis. Tetapi saya amat terpanggil bila membaca sarana tuan.

Saya bukan ahli politik tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan. Lebih tepat seandainya saya dikategorikan sebagai 'di atas pagar'. Sebagai anak Kedah saya sentiasa mengikuti corak pemerintahan dari zaman Osman Arof, Sanusi dan sehingga Zaman Ustaz Azizan. Tak perlulah saya cerikan di sini bagaimana Kedah dirogol oleh mereka-mereka yang terdahulu.

Jika dilihat akan kekayaan semula jadi Kedah yang dianugerah Allah dan ditadbir secara tertib dan adil, Kedah sudah menjadi kaya dari negeri-negeri lain di Semenanjung. Malangnya, kerakusan dan ketamakkan pemimpin telah membuat rakyat Kedah menderita. Sejak merdeka rakyat Kedah ditipu. Amanah Saham Kedah telah memiskinkan banyak rakyat yang sudah miskin. Banyak mesjid melabur kononnya ia adalah jaminan kerajaan dan tidak akan rugi.

Alhamdulillah, dalam PRU dahulu, rakyat Kedah telah membuka mata dan telah berani membuat perubahan. Dan pilihan mereka adalah tepat.

Ustaz Azizan telah diberi mandat untuk menerajui kerajaan. Malangnya apa yang diberi pada Ustaz Azizan, kalau diibaratkan sebuah kereta, adalah sebuah rangka. Tidak langsung boleh berfungsi. Ustaz Azizan telah melantik jurutera-juruteranya, ia itu ahli-ahli exco, untuk merancang bagaimana hendak menjadikan bangkai kereta ini boleh bergerak, bukan berjalan lagi.

Malangnya puak-puak UMNO cuba mensabotaj dengan berbagai-bagai cara sehingga terjadi PRK Bukit Selambau. Kenapa mereka buat begitu? Kerana satu persatu kejahatan mereka terbongkar.

Berpuluh lapuran dibuat pada SPRM tetapi belum ada kesudahannya. Ada ahli-ahli tertinggi UMNO didaftarkan sebagai pekerja GLC tetapi tidak pernah datang kerja, dapat gaji buta. Ada syarikat GLC beli mesin puluhan juta duit bayar mesin tak ada. Balak hilang merata-rata. Dulunya premium balak RM 500 satu hektar sekarang khabarnya dengan sistem tender terbuka, ada kawasan yang mencecah RM19,500 se hektar.

Ada syarikat GLC ada dua akaun, satu akauh peribadi satu lagi akaun syarikat. Dan banyak lagi yang telah ditangani yang kalau disenaraikan seminggu menulis punbelun tentu habis lagi. Perkara perkara di atas bukanlah rahsia tetapi telah dibuat kenyataan akhbar oleh Ustaz Azizan setiap kali lepas mesyuarat EXCO. Malangnya hanya akhbar STAR sahaja yang memuatkannya.

Cuba tuan-tuan bayangkan, bagaimanakah Kedah mampu selamat sehingga hari ini walaupun tanpa bantuan dari pusat seperti negeri-negeri BN. Tuan-tuan lihat berapa banyak duit pusat longgokkan di Sabah?

Tetapi Allah bersama Kedah. Ketelusan Menteri Besar dibantu oleh EXCO-EXCOnya akan satu hari membolehkan kereta yang dulunya rangka, sekarang dah boleh bergerak, memcut meninggalkan negeri-negeri BN. Insyaalah.

Malangnya sedikit dengan Kerajaan Kedah ini kerana segala kerja buat yang murni ini tidak sampai ke bawah. Mungkin Ustaz Azizan kena perkemaskan lagi jentera penerangan supaya semua kerja buat Dato Seri dapat dikongsi bersama.

Saya yang dulunga berada di atas pagar sekarang telah mula yakin dengan pentadbiran Kedah, marilah kita sama-sama tentukan kerajaan PR terus memerintah Kedah supaya kekayaan knegeri dapat dinikmati bersama.

Terima kasih.           

Tiada ulasan: