Suhaimi Said
Selepas Najib menamakan Kabinetnya macam-macam reaksi terdengar, ada yang menyokong, ada yang tak setuju, ada yang setuju tetapi dengan reservation, tetapi yang memberi pandangan secara objektif ditafsirkan oleh Media Arus Perdana sebagai menyokong. Pandangan Tengku Razaligh Hamzah telah dipesungkan seolah-olah YB Gua Musang itu menyokong penuh Kabinet Najib sehingga memaksa beliau memanggil sidang press untuk membuat pembetulan.
Pembangkang dah berpuluh tahun dipermainkan oleh Media ini, tetapi pada hari ini Media ini mempermainkan daripada golongan mereka sendiri.
Adakah wartawan-wartawan Media ini "bodoh" sangat sehingga tak memahami kenyataan Tengku Razaleigh atau memang menjadi peranan mereka untuk memperbodohkan orang ramai, atau kesalahan ini bukan datangnya dari wartawan-wartawan mereka tetapi datangnya daripada dasar mengampu Media itu.
Apa pun, nampaknya terlalu amat jauh bagi Media di Negara ini mahu melepasi tahap kebebasan persuratkhabaran.
Kita seru supaya Surat Khabar ini cukuplah berbohong. Kalau diikutkan bahawa pembohongan yang dilakukan oleh Surat-Surat Khabar ni, Pembangkang dah tak ada ahli. Semua ahli PAS, PKR dan DAP dah masuk BN, tapi lepasa satu PRK ke satu PRK, di Semenanjung ni, semuanya BN kalah, dan kalah tu pulak dengan jumlah majoriti yang memalukan mereka.
Tetapi cubalah lihat pula apa yang berlaku di Terengganu. 10 ahli DUN dari UMNO memboikot Sidang DUN, tapi mereka gambarkan bahawa "itu perkara kecil" dan tidak menjadi berita besar.
Cuba bayangkan kalau hanya seorang sahaja ADUN PR, katakan di Kedah, boikot Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, maka berita itu akan digemburkan sebagai "Kerajaan Pakatan sudah tumbang!"
Cuba bayangkan kalau hanya seorang sahaja ADUN PR, katakan di Kedah, boikot Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, maka berita itu akan digemburkan sebagai "Kerajaan Pakatan sudah tumbang!"
Orang sudah tidak yakin lagi dengan Media Arus Perdana ni. Kadang-kadang kita kesian dengan mereka. Semasa di Kuala Terengganu dulu, mereka edarkan beribu naskhah secara percuma untuk Orang Ramai; itupun, orang ramai tak nak ambil. Kenapa? Sebab orang ramai dah muak, mual, muntah membaca pembohongan mereka.
Dan lagi banyak mereka berbohong, lagi ramai rakyat yang membenci BN. Maka teruskanlah pembohongan itu agar kejatuhan BN dapat dipercepatkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan