KUALA LUMPUR:Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melampaui batas perundangan dengan cuba menimbulkan kekacauan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya tidak akan teragakagak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka sekiranya kenyataan yang dibuat oleh pihak dan individu tertentu itu berbaur negatif.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar mengenai kononnya rakyat Perak mungkin merusuh seperti rusuhan yang berlaku di Thailand jika Dewan Undangan Negeri Perak tidak dibubarkan, ekoran krisis politik di negeri itu.
"Kenyataan yang dibuat barubaru ini jelas boleh menimbulkan kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam dan negara. Itu macam nak menghasut namanya.
"Kita akan siasat mereka yang memberi kenyataan tersebut termasuk yang menulisnya. Perkara ini perlu diteliti sebelum meneruskan dengan sebarang tindakan," katanya.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan