Desas desus mengatakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti kemungkinan dikosongkan nampak macam akan menjadi kenyataan. Walaupun Adunnya, Mohamad Fairus Khairudin menegaskan tidak akan berbuat demikian namun Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim pasti mempunyai jalan lain demi menyelamatkan keadaan yang kian berserabut.Mohd Sabri Said
Thu | Apr 16, 09 | 12:15:56 pm MYT
Tambahan lagi pengosongan jawatan itu menjangkau lapan hari sampai hari ini setelah berkuatkuasa pada 8 April lepas. Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dijangka mengumumkan penganti Fairus masih tidak berbuat demikian malah menambah teki-teki orang ramai siapakah calon yang dicadangkan itu adakah Adun Batu Maung, Haji Abdul Malik Abul Kasim yang kini menjawat jawatan Exco Agama, Hal Ehwal Pengguna Negeri atau Adun Sungai Bakap, Maktar Shapee yang berjaya membuktikan pengaruhnya bila mengalahkan Timbalan Ketua Menteri sewaktu Kerajaan Barisan Nasional (BN), Dato' Abdul Rashid Abdullah.
Lagi lambat Lim membuat pengumuman orang ramai terutamanya wartawan terus tercari-cari berita yang sahih dari semua sumber.
Semua itu katanya, menunggu jawatan daripada mulut Dato' Seri Anwar kerana kerusi itu datangnya daripada KeADILan. Dengar kata, Dato' Seri Anwar sengaja tidak mahu memilih calon yang sedia ada sebab beberapa faktor yang ada kaitan dengan masalah dalaman KeADILan Negeri sendiri.
Sebab itu, setiap kali jawapan yang diberikan jika timbul persoalan itu beliau mempunyai calon lain menduduki kerusi nombor dua itu selain dari mengerakan kembali Dun Penanti yang agak tercorot pemerhatian.
Hari ini desas desus itu kian bertiup kencang apabila tiada jalan lain melainkan Mohamad Fairus dipaksa mengosongkan kerusinya setelah memenanginya setahun lalu.
Setelah tiupan kian laju salah satu sumber mendapati kemungkinan bekas Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri di era reformasi, Dr Mansor Othman akan diletakan sebagai calon di situ dan jika menang pastinya jawatan TKM 1 yang kosong sehingga kini akan terisi.
Apa pun tunggu esok atau lusa sekembali Dato' Seri Anwar ke Pulau Pinang pastinya menghuraikan segala teki-teki itu.
-harakahdaily-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan